Inspektor_Jeneral_Bundeswehr
Inspektor_Jeneral_Bundeswehr

Inspektor_Jeneral_Bundeswehr

Inspektor Jeneral Tentera Persekutuan (Bahasa Jerman: Generalinspekteur der Bundeswehr, GenInspBw), secara rasminya diterjemah sebagai Ketua Pertahanan, merupakan jawatan tertinggi tentera yang disandang oleh seorang pegawai bertauliah dalam Bundeswehr, iaitu angkatan tentera terkini negara Jerman.Kesemua Inspektor Jeneral memegang pangkat Jeneral atau Laksamana (4 bintang), dan mereka mengepalai Führungsstab der Streitkräfte, iaitu Staf Pertahanan Jerman didalam Kementerian Pertahanan Persekutuan, dan adalah penasihat terus tentera kepada Menteri Pertahanan Persekutuan yang merupakan penyandang kuasa pemerintahan tertinggi (Bahasa Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt).Pegawai bawahan Inspektor Jeneral ialah para panglima perkhidmatan Bundeswehr, iaitu Inspektor Tentera Darat, Inspektor Tentera Udara, Inspektor Tentera Laut, dan para panglima Pasukan Bantuan Bersama dan Pasukan Perubatan Bersama.