Inspidea

Inspidea Sdn Bhd ialah sebuah studio animasi 2D berstatus Koridor Raya Multimedia yang bertapak di Kelana Jaya, Selangor. Syarikat ini dikenali dengan penghasilan dua siri animasi tempatan yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan dan luar, iaitu Johan the Young Scientist, Mustang Mama, Boo & Me, Akis dan Mat Kacau. Selain itu, Inspidea juga menawarkan khidmat animasi bagi penghasilan filem, video, kandungan telefon bimbit atau Internet.Nama "Inspidea" merupakan hasil gabungan dua perkataan Inggeris "inspiring" dan "idea", begitulah menurut paparan pada garis tajuk apabila memasuki laman web rasmi syarikat ini.