Institut_Diplomasi_dan_Hubungan_Luar_Negeri

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri(IDHL) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan kabinet pada 6 Mac 1991. Institut ini dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. IDFR merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Negeri. Diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dengan tujuan utama penubuhannya adalah menyedia dan mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian dan agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus-kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Arab.IDFR juga kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan program pasca-siswazah iaitu pengajian peringkat sarjana dalam bidang diplomasi dan strategi. Pengajian sepenuh masa ini mengambil masa selama 13 bulan. Kursus-kursus latihan di IDFR juga terbuka kepada penyertaan dari lebih 136 negara, khususnya kepada para peserta dari negara-negara sedang membangun di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta dari negara-negara ASEAN, Rancangan Colombo dan negara-negara Komanwel.

Institut_Diplomasi_dan_Hubungan_Luar_Negeri

Ketua Pengarah -
Laman sesawang www.idfr.gov.my
Ditubuhkan 1 Julai 1991
Moto Menjadi sebuah pusat antarabangsa dalam bidang latihan serta penyelidikan diplomasi dan hubungan antarabangsa yang dikenali di peringkat dunia