Institut_Jantung_Negara
Institut_Jantung_Negara

Institut_Jantung_Negara

Institut Jantung Negara (IJN) merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, terletak di sebelah kiri Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta. Ia diuruskan oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan (99.9 %).Tujuan IJN ditubuhkan bagi merawat pesakit jantung yang memerlukan pembedahan koronari, kardiologi dan kes pediatrik. Semua pesakit jantung yang serius dari seluruh negara dirujuk ke IJN bagi mendapat rawatan lanjut dan jika perlu, pembedahan koronari akan dilakukan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah diagnostik, terapeutik, pembedahan jantung untuk jantung terbuka, jantung tertutup, toracic, pemindahan dan lain-lain.