Institut_Pengajian_Islam_&_Dakwah_Sabah_-_IPDAS

PENGENALANInstitut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Dakwah Keningau merupakan sebuah institusi pengajian Islam di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah. IPDAS terletak di daerah Keningau menawarkan dua program utama iaitu Program Sijil Pengajian Islam & Dakwah dan Program Diploma Dakwah Islamiyyah.
VISIIPDAS membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebar luas semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
MISIMenyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardhu ain, fardhu kifayah dan ilmu kemahiran untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dan berwibawa.
OBJEKTIFSebagai sebuah institusi yang berteraskan Pengajian Islam, IPDAS bertekad untuk melahirkan:1. Graduan yang berilmu, beramal, berakhlak mulia, berhikmah serta mampu menghadapi cabaran semasa.2. Graduan yang mempunyai kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan kehendak semasa.3. Graduan yang berkebolehan menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
KEMUDAHANSepanjang pengajian, semua mahasiswa akan menikmati kemudahan asas seperti berikut:-• Kemudahan bilik kuliah, makmal komputer lengkap dengan internet, perpustakaan, dewan serbaguna dan masjid.• Kemudahan sukan seperti dewan, padang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang bola jaring/bola tampar dan kemudahan riadah yang lainnya.• Bengkel kemahiran (Jahitan & Masakan)• Kemudahan makan dan minum serta asrama secara percuma• Wang saku setiap bulan.
PROGRAM PENGAJIANInstitut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) menawarkan dua program utama iaitu:-1. Program Sijil Pengajian Islam & Dakwah2. Program Diploma Dakwah Islamiyyah
SISTEM PENGAJIANPROGRAM PERSIJILAN1. Pengajian mengikut sistem semester selama dua tahun (4 semester)2. Pengambilan Januari adalah khas untuk (Lepasan Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat) manakala pengambilan Jun adalah terbuka.
PROGRAM DIPLOMA1. Pengajian mengikut sistem semester selama 3 tahun2. Pengambilan dibuat pada bulan Mei setiap tahun..
BAHASA PENGANTARBahasa pengantar ialah Bahasa Malaysia
KELAYAKAN MASUKPROGRAM SIJIL• Warganegara Malaysia• Berumur 17-25 tahun pada tarikh permohonan• Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia - SPM/SPM(V)• Tidak menunggu mana-mana tawaran • Belum berkahwin serta sedia tidak berkahwin dalam tempoh pengajian• Lulus temuduga pengambilan
PROGRAM DIPLOMA• Warganegara Malaysia• Berumur tidak kurang dari 17 pada tarikh permohonan • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian lima mata pelajaran: Bahasa Malaysia Pendidikan Al-Quran dan Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Bahasa Arab / Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam; dan Kepujian mana-mana matapelajaran yang lain. Lulus temuduga khas
PENGIKTIRAFAN DIPLOMA
Diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/PA 7518).
PROSPEKPemegang Diploma Dakwah Islamiyyah berpeluang untuk kemasukan ke:-• Perkhidmatan awam dan swasta• Melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
MAKLUMAT PENGAMBILAN
1. Iklan di akhbar-akhbar tempatan2. Iklan melalui hebahan radio tempatan3. Iklan melalui laman sesawang www.islam.gov.my 4. Iklan melalui ruangan Mukabuku (Facebook) IPDAS5. Promosi / Penerangan ke sekolah-sekolah6. Menghubungi pejabat;
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN SABAHAras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,Jalan UMS, Peti Surat 14725, 88854 Kota Kinabalu, Sabah.Telefon : 088-488641/488642/488643/488644Faks : 088-488645
INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS)Kg. Menawo, Beg Berkunci No. 12, 89009 Keningau, SabahTelefon : 087-331868Faks : 087-336087
PUSAT LATIHAN DAKWAH SIKUATI KUDATKM 22, Jalan Sikuati, Peti Surat 406, 89059 Kudat, SabahTelefon : 088-612359Faks : 088-613646
INSTITUT LATIHAN ISLAM KUNDASANGKg. Mesilou Kundasang, Peti Surat 529, 89309 Ranau, SabahTelefon : 088-888285Faks : 088-888286
PUSAT LATIHAN ISLAM LAHAD DATUKM28, Jalan Tungku, Peti Surat 62305, 91128 Lahad Datu, SabahTelefon : 089-886801Faks : 089-886805
PEJABAT PERHUBUNGAN JAKIM TAWAUTingkat 1 & 2, TB 1083, Bangunan Alliance Bank, Jalan Utara, Peti Surat 61299, 91022 Tawau, SabahTelefon : 089-754220Faks : 089-754221