Institut_Penyelidikan_Perubatan

IMR atau dikenali juga sebagai Institut Penyelidikan Perubatan(Institute for Medical Research - IMR) merupakan organisasi penyelidikan biomedikal tertua di Malaysia dengan mempunyai pelbagai peralatan teknologi yang terkini. Ditubuhkan oleh British pada tahun 1900 sebagai Institut patologi di Kuala Lumpur, dengan tujuan untuk memperbaiki taraf kesihatan penduduk tempatan dan untuk meneroka bidang perubatan tropika yang luas dan masih tidak diketahui. Sejak itu IMR telah mengembangkan peranannya dan membuat sumbangan yang besar kepada penyelidikan biomedikal dan disiplin perubatan yang lain. Usaha-usaha penyelidikan di IMR telah menyumbang kepada pengetahuan, pemahaman, rawatan dan kawalan beberapa penyakit tropika utama di negara ini dan rantau asia tenggara termasuk penyakit beri-beri, malaria, taun, kepialu, cacar, kusta, batuk kering, filariasis, denggi, gosok tifus dan kekurangan nutrien.Hari ini, fungsi utama IMR adalah penyelidikan, perkhidmatan diagnostik khusus, latihan dan perundingan teknikal. Fungsi-fungsi dan tanggungjawab IMR dipikul melalui sembilan pusat dibawahnya.Dahulunya terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bersebelahan Hospital Kuala Lumpur. Bermula Januari 2019 bahagian penyelidikan telah berpindah ke tempat baharu di Institut Kesihatan Negara (NIH Malaysia) di bawah selian kementerian Kesihatan Malaysia di Setia Alam, Selangor. Manakala perkhidmatan diagnostik khas masih dikekalkan di jalan Pahang, Kuala Lumpur.