Institut_Terjemahan_&_Buku_Malaysia
Institut_Terjemahan_&_Buku_Malaysia

Institut_Terjemahan_&_Buku_Malaysia

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (atau singkatannya, ITBM; dahulunya dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia [ITNM]) telah ditubuhkan pada 14 September 1993 bagi menyediakan prasarana industri terjemahan di Malaysia.ITBM merupakan sebuah syarikat berhad berkaitan kerajaan dan modal asas dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pentadbiran ITBM diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM adalah tertakluk pada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 1965.Ditubuhkan bagi mengangkat industri terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa. Turut bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan di Malaysia Misi ITBM:Visi ITBM:Khidmat ITBM: