Sejarah Integrax

Pemerolehan oleh Tenaga Nasional

Pada Februari 2015, Integrax bersetuju untuk dibeli oleh Tenaga Nasional dengan tawaran yang dinaikkan sebanyak RM32.5 sesaham berbanding tawaran asal sebanyak RM27.5 sesaham.[3] Pada 5 Mac 2015, Harga saham TNB di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal selepas jemaah lembaga Integrax mencadangkan agar pemegang saham menolak tawaran disemak semula pada RM3.25 oleh TNB.[4] Pemerolehan Integrax oleh TNB turut disokong oleh EXCO Perak yang yakin bahawa jika rancangan pengambilalihan Integrax Bhd yang menguasai Pelabuhan Lumut diluluskan oleh pemegang sahamnya, ianya akan melonjakkan ekonomi Perak dengan memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perkhidmatan kepada penduduk.[5]

Pada 30 Mac, sebanyak 50% peratus saham Integrax dikawal oleh Tenaga Nasional, sekali gus memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tawaran semulanya untuk membeli baki semua saham biasa dalam pengendali pelabuhan Lumut itu pada harga RM3.25 sesaham.[6] Pada 8 April 2015, TNB mengumumkan sebahagian besar operasi perniagaan Integrax akan dikekalkan dan tarikh akhir bagi para pemegang saham syarikat itu untuk menerima tawaran semakan semula TNB ialah RM3.25 sesaham pada 13 April.[7] Pemerolehan tersebut telah dimuktamadkan dan Integrax menjadi anak syarikat TNB pada Februari 2016.