Intel_Corporation
Intel_Corporation

Intel_Corporation

Intel Corporation (NASDAQ: INTC; didirikan 1968) adalah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.Intel mengganti logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Antara slogan yang pernah Intel gunakan dahulu termasuklah "Intel inside", "Leap ahead", "Sponsors of Tomorrow". Kini, Intel sekali lagi menukar slogan utamanya kepada "Look Inside" (2013).

Intel_Corporation

Pendapatan operasi ▲ $5.7 bilion USD (2006)
Industri Semikonduktor
Pendapatan bersih ▲ $5 bilion USD (2006)
Bilangan pekerja 83,900 (2008)[1]
Perancang utama Paul Otellini, CEO
Craig Barrett, Pengerusi
Ibu pejabat (diperbadankan di Delaware), Santa Clara, California, AS
Laman sesawang www.intel.com
Pengasas Gordon E. Moore dan Robert Noyce
Keluaran Mikropemproses
Ingatan kilat
Chipset Papan induk
Kad rangkaian
Cipset Bluetooth
Ditubuhkan 1968
Hasil ▲ $35.7 bilion USD (2006)
Jenis Awam (NASDAQ: INTC, SEHK: 4335)