Interlok
Interlok

Interlok

Interlok ialah sebuah karya novel yang dikarang oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel ini dihasilkan oleh Abdullah untuk menyertai Peraduan Mengarang Sepuluh Tahun Merdeka (1967) hasil inisiatif Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri) dalam satu ucapan makan malam anjuran Persatuan Penulis Nasional di mana novel ini memenangi hadiah sagu hati. Interlok diterbitkan Angkatan Baru untuk pertama kali pada tahun 1971. Kemudiannya ia diterbitkan dalam edisi pelajar pada tahun 2006 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi khas Sasterawan Negara (2008, DBP) dan edisi murid novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (2010, DBP).[1]Novel ini mengisahkan pancaroba dan persepaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British pada separuh awal abad ke-20, dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka. Akan tetapi, novel ini dilanda kontroversi, lebih-lebih lagi apabila dipilih sebagai bahan bacaan wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan Lima pada tahun 2011, kerana sesetengah golongan India tersinggung oleh unsur sistem kasta dalam masyarakat India.[2]

Rujukan

WikiPedia: Interlok http://www.cwo.com/~lucumi/bigotry.html http://www.dawama.com/index.php?ch=11&pg=381&ac=11... http://www.malaysiakini.com/news/152018 http://www.malaysiakini.com/news/158883 http://www.malaysiakini.com/news/159519 http://www.thehindu.com/news/international/article... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NovelIn... http://www.mmail.com.my/content/58367-interlok-wit... http://www.mmail.com.my/content/61488-arrested-9-b... http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/20...