Interstellar_(filem)
Interstellar_(filem)

Interstellar_(filem)

Interstellar ialah sebuah filem cereka sains tahun 2014 diarahkan oleh Christopher Nolan. Filem ini dibintangi oleh Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain, Bill Irwin, Casey Affleck, Ellen Burstyn, John Lithgow dan Michael Caine. Mengambil tempat pada masa hadapan dimana manusia bergelut untuk meneruskan kehidupan, filem ini mengikuti sekumpulan angkawasan menjelajah melalui lubang cecacing untuk mencari planet baru untuk didiami. Christopher dan Jonathan Nolan menulis skrip yang mempunyai asal usul dalam sebuah skrip yang dibangunkan Jonathan pada tahun 2007. Christopher Nolan menghasilkan filem ini bersama isterinya, Emma Thomas melalui syarikat penerbitan mereka, Syncopy dan bersama Lynda Obst melalui Lynda Obst Productions. Ahli fizik teori Caltech, Kip Thorne yang kerjanya memberi inspirasi kepada filem ini merupakan penerbit eksekutif dan berperanan sebagai perunding saintifik. Warner Bros., Paramount Pictures dan Legendary Pictures membiayai bersama filem ini. Ahli sinematografi, Hoyte van Hoytema merakam filem ini menggunakan gegelung filem 35 mm (dalam format anamorfik) dan IMAX 70 mm. Penggambaran mengambil tempat pada lewat tahun 2013 di Alberta, Iceland dan Los Angeles. Filem ini menggunakan kesan praktikal dan miniatur dengan meluas manakala Double Negative mencipta kesan digital tambahan. Interstellar dibuka pada 26 Oktober 2014 di Los Angeles. Filem ini mencapai kejayaan di box office dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $675 juta. Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem yang memuji tema cereka sains, skor muzik dan kesan visual filem ini. Lakonan McConaughey, Hathaway, Chastain dan Mackenzie Foy juga menerima pujian. Filem ini menerima beberapa anugerah dan pencalonan. Di Anugerah Akademi ke-87, filem ini memenangi anugerah Kesan Visual Terbaik dan dicalonkan untuk Skor Muzik Asal Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.

Interstellar_(filem)

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Hans Zimmer
Disunting oleh Lee Smith
Pengarah Christopher Nolan
Syarikat-syarikatpenerbitan
Penerbit
Penulis
Pecah panggung $675 juta[2]
Mula ditayangkan
  • 26 Oktober 2014
    (Teater Cina TCL)
  • 5 November 2014
    (Amerika Syarikat)
  • 7 November 2014
    (United Kingdom)
Sinematografi Hoyte van Hoytema
Tempoh tayangan 169 minit
Negara
  • Amerika Syarikat[1]
  • United Kingdom[1]
Dibintangi oleh
Pengedar
Perbelanjaan $165 juta[2]

Rujukan

WikiPedia: Interstellar_(filem) http://www.abc.net.au/news/2015-12-29/interstellar... http://www.afi.com/members/catalog/DetailView.aspx... http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-2983269... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=interstell... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3957&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://deadline.com/2014/03/cinemacon-christopher-... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi...