Inti_(makanan)
Inti_(makanan)

Inti_(makanan)

Inti, isian, sarak, tambakan atau pakan adalah campuran yang boleh dimakan dan digunakan untuk mengisi rongga pada barang makanan lain semasa memasak. Banyak makanan boleh disumbat, termasuk telur, ayam, makanan laut, mamalia, dan sayur-sayuran. Inti untuk daging berfungsi untuk memastikan daging tetap lembap sambil menambah campuran rasa kedua-dua inti dan makanan yang belah luar. Inti dalam masakan Melayu adalah suatu yang tidak asing. Antara contoh makanan Melayu yang berinti ialah kuih-muih seperti karipap, pulut panggang dan ketayap. Makanan barat pula terkenal dengan burung-burung yang disumbat inti yang biasanya terdiri daripada serbuk roti kering, bawang, saderi, garam, lada, dan rempah-rempah dan ramuan lain, herba yang biasa ialah sej. Organ dalaman juga sering digunakan.[1] Tambahan di United Kingdom termasuk buah-buahan kering dan kacang-kacangan (seperti aprikot dan kacang badam),[2][3][4] dan buah berangan.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Inti_(makanan) http://www.bbcgoodfood.com/recipes/140609/apricot-... http://www.bbcgoodfood.com/recipes/2546/chicken-ba... http://www.bbcgoodfood.com/recipes/3052/rustic-che... http://www.bbcgoodfood.com/recipes/3054/apricot-an... http://www.deliaonline.com/recipes/cuisine/europea... http://www.foodnetwork.com/recipes/anne-burrell/st... http://www.foodnetwork.com/recipes/paula-deen/oyst... http://www.foodnetwork.com/recipes/stuffed-pork-ch... http://www.foodreference.com/html/artstuffing.html http://www.kctv5.com/story/30604359/turkey-day-tur...