Aplikasi Ion

Ion penting dalam kehidupan sehari-hari. Natrium, kalium , kalsium dan ion-ion lain memainkan peranan penting terhadap sel-sel organisma hidup, terutama dalam memelihara fungsi membran sel. Selain itu, ion juga digunakan dalam alat pengesan asap dan terkini, dalam teknologi enjin ion. Ion larut adalah komponen kepada jumlah pepejal terlarutkan, satu kriteria penting dalam menentukan kualiti air di dunia.