Ion
Ion

Ion

Satu ion adalah satu atom, kumpulan atom, atau zarah subatomik dengan satu jumlah cas eletrik. Ion yang paling mudah adalah elektron (cas negatif tunggal, e−), proton (satu ion hidrogen, H+, cas positif), dan zarah alpha (ion helium, He2+, mengandungi dua proton dan dua neutron). Satu ion bercas negatif, yang mempunyai lebih elektron dalam petala elektron daripada jumlah proton dalam nukleus, dikenali sebagai anion, kerana ia tertarik ke anod; manakala satu ion bercas positif, yang mempunyai kurang elektron berbanding proton, dikenali sebagai kation, kerana ia tertarik kepada katod. Satu poliatom anion yang mengandungi oksigen kadangkala dikenali sebagai oksianion.Ion-ion ditandakan sama seperti mana atom neutral dan molekul bertindak secara elektrik kecuali bagi kehadiran satu 'superscript' yang menunjukkan tandaan sejumlah cas elektrik dan bilangan elektron lebih daripada satu. Sebagai contoh: H+, SO42−. Satu cara lain untuk menunjukkan cas ini adalah seperti begini: SO4-2.