Sejarah Ion


Etimologi

Ion merupakan suatu nama yang telah diberikan oleh Michael Faraday yang berasal dari perkataan Yunani ἰόν,yang merupakan sebahagian daripada perkataan ἰέναι, iaitu "hendak bergerak", atau έἰμι, iaitu "saya bergerak" maka menjadikannya sesuatu "yang bergerak". Oleh itu, anion, ἀνιόν adalah "pergerakan ke atas" dan kation, κατιόν adalah "pergerakan ke bawah". Secara tidak langsung, anod, ἄνοδος dan katod, κάθοδος adalah "jalan yang ke atas atau ke bawah" yang berkaitan dengan perkataan ὁδός, yang membawa maksud "jalan"