Ketenteraan Iran

Rencana utama: Ketenteraan Iran
Pasukan wanita dalam tentera Basij.

Ketenteraan Iran terbahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan tentera negara dan pasukan tentera revolusi. Pasukan tentera Iran keseluruhannya berjumlah seramai 545,000 pegawai.[8] Kedua-dua pasukan bersenjata ini diletakkan dibawah kuasa Menteri Pertahanan dan Logistik Pasukan Bersenjata Iran. [9]

Tentera nasional Iran mempunyai 420,000 pegawai yang dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tentera Darat Iran sebanyak 350,000 pegawai, Tentera Laut Iran sebanyak 18,000 pegawai dan Tentera Udara Iran sebanyak 52,000 pegawai.[10] Tentera revolusi pula mempunyai seramai 125,000 pegawai yang terbahagi kepada lima cabang iaitu Pasukan Qods (pasukan khas), Basij (para-ketenteraan), Tentera Laut Revolusi, Tentera Udara Revolusi dan Tentera Darat Revolusi.[11]

Tentera Basij adalah tentera para-ketenteraan yang mempunyai keahlian penuh seramai 90,000 askar dan juga 30,000 askar simpanan ditambah dengan 11 juta lelaki dan perempuan yang berkemampuan dalam mobiliti.[12]

Kekuatan tentera Iran dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Namun, pada tahun lepas, Iran mengumumkan pembangunan beberapa senjata seperti peluru berpandu Fajr-3, peluru berpandu Kowsar, peluru berpandu Fateh-110, peluru berpandu Shahab-3 dan beberapa pembinaan jentera tentera.

Peluru berpandu Fajr-3 adalah antara pembangunan ketenteraan Iran yang paling berjaya buat masa ini. Ia dibina di Iran sendiri dan menggunakan bendalir minyak untuk pembakaran bahan api. Julat peluru berpandu ini dirahsiakan.