Irfan_Bakti_Abu_Salim

Irfan Bakti Bin Abu Salim atau Irfan Bakti merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Perak tetapi dibesarkan di Kelantan. Beliau pernah mewakili pasukan negeri Kelantan, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Pernah memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura Jayapura.Selepas 2 tahun berada di kelab Persipura, beliau menjadi jurulatih bagi pasukan bola sepak negeri Terengganu bermula pada tahun 2009. Untuk musim 2014 beliau menjadi jurulatih Felda United.