Is_This_It

Is This It ialah album debut The Strokes, dilancarkan pada 2001. Album ini sering dinyatakan sebagai antara album terbaik bagi dekad ketika itu. Album ini dikenali kerana proses rakaman lagu-lagunya yang sangat minimalis. Bunyinya kasar, tetapi itu lah penyebab yang membuatkan ia menjadi sebuah rekod yang hebat melalui semangat rock 'n' roll yang sangat menebal. Ditambah pula dengan bunyi yang agak klasik dan penampilan ala-ala The Beatles, album ini umpama membawa muzik dari masa lalu yang dimodenkan dengan perasa The Strokes.