Isaac_Newton
Isaac_Newton

Isaac_Newton

Sir Isaac Newton (Tulisan Jawi: عيسىاق نيوتن; 4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan hukum-hukum gerakan Newton dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di kauunti Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang diputarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.
Newton bukan sahaja paling cerdas otak diantara barisan mereka yang pintar, tetapi sekaligus dia merupakan tokoh yang paling berpengaruh di dalam perkembangan teori ilmu.[petikan diperlukan] Itu sebabnya beliau memperolehi kehormatan untuk berada dalam urutan hampir teratas dari sekian tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Newton menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1727, dikebumikan di Westminster Abbey, ilmuwan pertama yang memperoleh penghormatan macam itu.