Isabel_Martínez

Maria Estela Isabel Martínez de Perón (1931- ) atau lebih dikenali sebagai Isabel Martínez de Perón merupakan isteri ketiga presiden Argentina, Juan Perón dan juga wanita pertama dalam sejarah Amerika Latin menjadi Presiden sebuah negara iaitu antara 1 Julai ,1974 dan 24 Mac, 1976.Pada 2007, seorang hakim Argentina telah memerintah penahanan Isabel Perón atas kehilangan seorang aktivis pada Februari 1976, kerana beliau telah menandatangani tiga perintah yang memudahkan tindakan menangani masalah terorisme negara pada masa pemerintahannya 1974-1976. Isabel telah ditahan di Sepanyol berhampiran kediamannya pada 12 Januari 2007.