Iskandariah
Iskandariah

Iskandariah

Iskandariah (bahasa Greek: Ἀλεξάνδρεια, bahasa Arab: الإسكندريه Al-Iskandariya) merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Mesir, selepas Kaherah.Bandar ini dinamakan selepas pengasasnya, Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam Zaman Pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt.

Iskandariah

- Jumlah 3,500,000
Zon masa EET (UTC+2)
Ditubuhkan 334 SM
- Gabenor Adel Labib
- Musim panas (DST) EEST (UTC+3)