Kebudayaan Islam

Rencana utama: Kebudayaan Islam

Masjid

Rencana utama: Masjid
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar di MalaysiaPintu utama Masjid Niujie di China

Masjid ialah tempat ibadat untuk Muslim. Walaupun tujuan utama masjid ialah sebagai tempat ibadat, ia juga penting kepada komuniti Muslim sebagai tempat untuk perjumpaan dan pengajian. Masjid moden telah berkembang secara ketara daripada rekaan awal dari abad ke-7, dan mengandungi beraneka unsur seni bina seperti menara masjid.[157]

Seni

Rencana utama: Kesenian Islam

Kesenian Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan dari abad ke-7 dan seterusnya oleh orang (tidak semestinya Muslim) yang tinggal di wilayah yang diduduki penduduk Muslim.[158] Ia termasuk berbagai-bagai bidang seperti seni bina, khat, lukisan dan seramik.

Takwim

Rencana utama: Takwim Hijrah

Permulaan rasmi era Muslim yang dipilih ialah Hijrah pada 622 M, yang merupakan titik perubahan penting dalam nasib Nabi Muhammad s.a.w. Penetapan tahun ini sebagai tahun 1 H atau 1 AH (Anno Hegirae) dalam kalendar Islam dilaporkan dibuat oleh Khalifah Umar. Ia merupakan takwim qamari, dengan 19 tahun lazim 354 hari dan 11 tahun lompat 355 hari dalam kitaran 30 tahun. Tarikh Islam tidak boleh ditukarkan kepada tarikh Masihi secara mudah dengan menambah 622 tahun: peruntukan harus dibuat untuk fakta bahawa setiap abad Hijri sejajar dengan hanya 97 tahun dalam kalendar Kristian.[159]

Hari suci Islam jatuh pada tarikh tetap dalam takwim qamari, yang bermakna mereka terjadi pada musim berlainan pada tahun berlainan dalam Kalendar Gregory. Perayaan Islam yang terpenting ialah Hari Raya Aidilfitri (B. Arab: عيد الفطر) pada 1 Syawal, yang menandakan berakhirnya bulan berpuasa Ramadan, dan Hari Raya Aidiladha (B. Arab: عيد الأضحى) pada 10 Zulhijah, serentak dengan haji ke Makkah.[160] Hari dalam takwim Islam bermula pada waktu maghrib.[161]

Rujukan

WikiPedia: Islam http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=b... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-07/09/c... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.al-shia.com/html/eng/p.php?p=shia'&url=... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295507/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/574006/S... http://www.britannica.com/eb/article-9105852/Islam http://www.cair.com/Portals/0/pdf/The_Mosque_in_Am... http://www.etymonline.com/index.php?term=Islam