Islam
Islam

Islam

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • HajiMakkah • Madinah
BaitulmuqaddisAidilfitri • AidiladhaHukumAl-Quran • Sunnah • HadisSejarahGaris Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • KhilafahTokoh IslamMuhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
MazhabAhli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • PolitikLihat jugaKritikan • Islamofobia
GlosariIslam (Tulisan Jawi: اسلام; Bahasa Arab:  الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: الله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah tanpa logik dan akal.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah tanpa pedulikan logik dan akal]".[2][3]Muslim percaya bahawa Benjamin itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[5]Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[6] Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[7]Muslim mengikuti empat mazhab dari Imam besar Islam iaitu imam Hambali,Imam Maliki,Imam Syafie dan Imam Hanafi.[8][9][10] Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[11] 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[12] Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian,[13] dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.[14][15][16][17][18]

Islam

Rujukan

WikiPedia: Islam http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=b... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-07/09/c... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.al-shia.com/html/eng/p.php?p=shia'&url=... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295507/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/574006/S... http://www.britannica.com/eb/article-9105852/Islam http://www.cair.com/Portals/0/pdf/The_Mosque_in_Am... http://www.etymonline.com/index.php?term=Islam