Ismail_Abd_Muttalib

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib merupakan ahli politik Malaysia dari parti UMNO dibawah Barisan Nasional. Sebelum menceburi bidang Politik, beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pentadbiran kerajaan dan amat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan. Minat beliau dalam aktiviti sukarela tertanam sejak di bangku sekolah dan ia merupakan titik tolak permulaan penglibatan beliau di dalam arena politik.