Ismail_Din

Ismail Din (1951 – 22 Oktober 2005) merupakan seorang pelakon komedi yang terkenal di Malaysia. Beliau berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.Beliau mula aktif dalam kegiatan teater, malah Ismail juga adalah antara pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Star (ASAS) yang ditubuhkan pada 1964. Kumpulan ini menghimpunkan ramai anak seni kelahiran Kedah, seperti Zulkifli Zain, Noorjaya, Morad Ibrahim dan Abu Bakar Omar. Ismail juga pernah berlakon dalam pementasan bertajuk Alang Rentak Seribu arahan Morad dan teater Warung pada awal kemunculannya sebagai pelakon. Menerusi kaca televisyen, dia pernah muncul dalam ratusan judul drama sama ada dalam bentuk episod, bersiri atau telefilem. Ismail Din meninggal dunia pada umur 54 tahun semasa mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadhan 2005.

Ismail_Din

Pekerjaan Pelakon & Pelawak
Pasangan Kalsom Idris (Isteri Pertama) & Siti Zubaidah Abidin (Isteri Kedua)
Anak 5 Anak
Tahun aktif 1997 - 2005
Meninggal dunia 22 Oktober 2005 (berumur 53–54)
Tanah Suci Mekah, Madinah
Sebab kematian Serangan Sakit Jantung
Kelahiran Ismail bin Din
1951
Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah

Berkaitan