Ismail_Haji_Bakar

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Haji Bakar adalah Ketua Setiausaha Negara yang telah dilantik pada 28 Ogos 2018[1] lalu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Sebelum itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia[2] untuk tempoh yang singkat, menggantikan tempat Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah yang telah tamat kontrak perkhidmatannya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 18 November 2014 lalu.[3]