Kerjaya Ismail_Izzani

Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul Sabar hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin meniti di bibir pendengar. Sehingga Ogos 2017 muzik video lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari lalu.[5]

Sebelum Ismail menceburi dirinya dalam bidang nyanyian, dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi dan Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak. Ismail pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah tersebut. Pada pertengahan tahun 2016, dia mula mengikuti pembelajaran secara 'home schooling' (belajar dari rumah) untuk memastikan jadual karier dan pengajiannya tidak bertembung.[6]

Beliau sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017. Kesibukan dalam bidang nyanyian tidak membataskannya untuk belajar, kerana dia memilih untuk mengikuti kelas secara peribadi di rumah. Bagaimanapun, ini memerlukan dia membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian, sungguhpun ia tidak sesekali menghalangnya untuk meneruskan minat ini.[7]

Namun, Ismail tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut atas sebab masalah pendaftaran seperti yang diberitahu oleh ibunya, Suliza Salam kepada pihak Utusan Online.[8]

Ismail telah melancarkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana dan dua artis Indonesia iaitu Fatin dan Rezki Febian bersempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Nusantara pada 9 Jun 2017.[9]

Ismail juga semakin dikenali ramai dengan lagu ala-ala pop iaitu Luar Biasa bersama Alif Sleeq yang dimuatnaik ke dalam aplikasi Youtube pada 15 Mac 2018.

Ismail Izzani juga melancarkan single pertamanya pada tahun 2019, iaitu Cinta yang dilancarkan pada 26 Julai 2019. Selepas 3 hari dimuat naik ke dalam aplikasi Youtube, Cinta telah mencecah 500 ribu views di Youtube.

Rujukan

WikiPedia: Ismail_Izzani http://www.gempak.com/artikel/5147/mahu-perbaiki-m... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://m.utusan.com.my/hiburan/ismail-izzani-tak-a... http://www.utusan.com.my/hiburan/ismail-izzani-ana... https://www.Facebook.com/ismailizzani2000/ https://iluminasi.com/bm/biodata-ismail-izzani-pen... https://www.instagram.com/ismailizzani_/