Isofluran
Isofluran

Isofluran

 Isofluran, dijual dengan nama dagang Forane, merupakan sejenis ubat anestetik umum. Ia boleh digunakan untuk permulaan atau pengekalan pembiusan, namun disebabkan ianya berupaya untuk merengsakan saluran pernafasan, maka ubat anestetik lain yang lebih diutamakan.[3][4] Isofluran diberikan melalui kaedah penyedutan.[5]Antara kesan-kesan sampingan isofluran adalah termasuk penurunan keupayaan untuk bernafas (depresi respiratori), tekanan darah rendah, dan degupan jantung yang tidak teratur.[3] Manakala kesan sampingan yang teruk boleh merangkumi hipertermia malignan serta tahap kalium darah yang tinggi.[5] Ubat ini tidak sesuai digunakan pada pesakit-pesakit yang mempunyai sejarah hipertermia maligna, termasuklah ahli keluarga kepada pesakit tersebut. Penggunaan ubat ini dalam tempoh kehamilan tidak dapat dipastikan kesannya terhadap janin, tetapi penggunaannya semasa pembedahan caesar kelihatannya selamat. Isoflurane adalah sejenis eter berhalogen.[6]Isofluran telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1979,[5] dan termasuk dalam Senarai Ubat-ubatan Penting Organisasi Kesihatan Sedunia.[7]

Isofluran

Status perundangan
Model 3D (JSmol)
Nombor CAS
Nama dagang Forane
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard 100.043.528
IUPHAR/BPS
ChEBI
Kaedahpemberian Inhalation
Formula C3H2ClF5O
AHFS/Drugs.com FDA Professional Drug Information
PubChem CID
ChemSpider
DrugBank
Jisim molar 184.49 g·mol−1
KEGG
ChEMBL
Data lesen
Kod ATC
UNII
Kategorikehamilan