Isotop merupakan variasi sesuatu
unsur kimia. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan
neutron yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani isos ( ἴσος yang bermaksud persamaan) dan topos (τόπος yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam
jadual berkala. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus digunakan untuk mengenal pasti sesuatu
unsur, namun begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Nombor
neukleon atau
nombor jisim (iaitu jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza. Walaupun bilangan
proton dalam
atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala bilangan
neutron mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.Isotop-isotop sesuatu
unsur ialah atom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza. Ini bermakna isotop-isotop itu mempunyai
nombor atom yang sama, tetapi
nombor jisim yang berlainan. Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan, iaitu boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.Contoh: Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton per atom yang sama. Ini bermakna bilangan elektron per atom isotop-isoop itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi elektron bagi semua isotop suatu unsur adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur akan mempunyai sifat-sifat
fizik iaitu
ketumpatan,
takat lebur,
takat didih, dan lain-lain yang berbeza.