Istana_Kehakiman
Istana_Kehakiman

Istana_Kehakiman

Templat:Other uses2Istana Kehakiman atau dikenali dengan nama Palace of Justice merupakan tempat letaknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Bangunan ini meliputi blok bangunan pentadbiran mahkamah kembar 5 dengan 2 bangunan satelit berkembar yang menempatkan bilik-bilik mahkamah. Ia dicipta dengan menggunakan sentuhan seni reka Moor yang jelas kelihatan dari binaan kubahnya, turus, dan gerbang. Bangunan ini direka berdasarkan 3 prinsip falsafah utama iaitu keseimbangan (keadilan), ketelusan dan kekuatan sistem kehakiman negara Malaysia. Para pelawat bebas untuk bergambar di hadapan bangunan mahkamah ini demi menjiwai seni reka klasik dan erti keadilan yang cuba digambarkan menerusi kehalusan seni binaan.