Istana_Melawati
Istana_Melawati

Istana_Melawati

Istana Melawati merupakan istana kedua Yang di-Pertuan Agong Malaysia di Putrajaya selepas Istana Negara. Ia digunakan sebagai istana hinggap bagi Yang di-Pertuan Agong.Ia terletak di puncak tertinggi Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. Pada aras ketinggian 125 meter dari paras laut, melalui istana ini hampir keseluruhan wilayah Putrajaya boleh dilihat dengan lebih dekat lagi. Istana Melawati merupakan sebuah istana singgah Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kaum kerabat baginda. Istana Melawati juga turut digunakan untuk tujuan mesyuarat umum, mesyuarat tertutup serta tempat perjumpaan Pemerintah dan ketua-ketua negeri yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Di-Pertuan Agong.Ia merupakan istana moden pertama negara yang menggunakan sepenuhnya nilai adaptasi seni reka tradisional Melayu DiRaja. Salah satu seni bina yang paling menarik yang amat sinonim dengan alam Melayu ialah binaan bumbung perabung lima.