Istana_Nur_Nadhirah
Istana_Nur_Nadhirah

Istana_Nur_Nadhirah

Istana Nur Nadhirah ialah istana yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Setakat yang diketahui, istana ini telah didirikan pada tahun 1920-an iaitu selepas termeterainya perjanjian TerengganuInggeris pada tahun 1919 yang antara lain kandungannya mengkehendaki Kerajaan Terengganu menyediakan sebuah rumah sebagai kediaman rasmi Penasihat Inggeris.Semasa pemerintahan Jepun, istana ini dijadikan tempat kediaman Gabenornya Shuchiji Kakha ( Shu Chokan Kakha ) manakala semasa pemerintahan Siam pula ia telah dijadikan tempat kediaman Gabenornya.Selepas Perang Dunia Kedua, istana ini dijadikan tempat tinggal Penasihat Inggeris sehingga Disember 1956.Apabila negara mencapai kemerdekaan, istana ini menjadi tempat kediaman rasmi Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Terengganu. Istana ini telah ditukarkan namanya kepada Istana Nur Nadhirah pada tahun 1998.