Istana_Tengku_Long

Istana Tengku Long merupakan sebuah istana yang pada asalnya dibina 30.48 meter di pinggir Sungai Besut, di Kampung Raja, Besut. Ia merupakan satu warisan sejarah yang bernilai. Ini adalah kerana mahligai itu merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook salah seorang kerabat Diraja Terengganu.Tengku Long Tengku Ngah adalah Pesuruhjaya Besut yang kedua selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daerah Besut (sebuah daerah yang bersempadankan negeri Kelantan) daripada pesuruhjaya pertama, Tengku Chik Haji pada tahun 1929.Setelah beberapa lama memerintah daerah Besut, Tengku Long kemudiannya diganti oleh menantunya sebagai Pesuruhjaya Besut yang ketiga iaitu Tengku Sulong, suami kepada Tengku Kembang.Ia dibangunkan semula di tapak Muzium Negeri dipinggir Sungai Terengganu. Menurut catatan Tan Sri Mubin Sheppard, istana ini mula dibina pada tahun 1850 M, tetapi kalau diteliti kepada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran di istana ia bertarikh pada tahun 1904 M.Keluasannya 27.43 meter x 21.34 meter terdiri daripada kayu cengal yang keras dan dinding dihiasi oleh ukiran yang halus buatannya.