Istimewa_(album_2000)
Istimewa_(album_2000)

Istimewa_(album_2000)

Istimewa merupakan album studio keempat nyanyian penyanyi popular Liza Hanim mengandungi 11 buah lagu, diterbitkan pada tahun 2000 edaran SRC. Album ini menyaksikan kerjasama Liza bersama komposer Azmeer sebagai penerbit. Lagu single pertama, Andainya Aku Bersuara yang disimpan bertahun-tahun oleh komposer Azmeer dan akhirnya direkodkan oleh Liza Hanim meledak di corong-corong radio. Liza juga berjaya meraih anugerah perak di Festival Muzik Asia Shanghai menerusi persembahan seleksi lagu-lagu daripada album ini. Album ini juga meraih pencalonan Album Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Lagu Andainya Aku Bersuara juga layak ke Anugerah Juara Lagu 2001 manakala lagu Kata Hati terkandas di Separuh Akhir Muzik - Muzik (Kategori Pop Rock) disebabkan oleh ura-ura yang mengatakan lagu tersebut tidak mendapat perhatian juri kerana mempunyai persamaan dengan lagu Britney Spears, Baby One More Time.Selain itu, buat pertama kalinya Liza Hanim merekodkan lagu Inggeris pertama menerusi lagu Best Of You yang dijadikan bonus track untuk pembeli CD album tersebut sahaja dimana pembeli kaset album ini hanya dapat menikmati 10 buah lagu tanpa lagu Inggeris tersebut.Lagu Andainya Aku Bersuara meningkatkan populariti Liza Hanim tetapi tidak setinggi populariti yang pernah dikecapi beliau ketika mempromosikan album sulung dan kedua beliau.