Sebahagian siri
Usul al-fiqhIstislah (
bahasa Arab: إستصلاح, "memulihkan" atau "mencari maslahat atau faedah"
[1]) dalam usul fikah ialah pertimbangan manfaat sesuatu perkara demi kepentingan umat, dan merupakan satu
ijtihad digunakan oleh para ulama untuk keluarkan keputusan kepada masalah yang tiada jawapan dalam sumber-sumber hukum lain. Ia berhubung kait dengan perkataan
maslahat (مصلحة) atau "kepentingan awam".
[2] Pertimbangan masalah menggunakan akal umumnya diterima dalam
fikah apabila
Al-Quran dan umat Muslim yang sebelumnya tidak mengeluarkan sebarang pendapat. Istislah tidak boleh digunakan apabila ia dipergunakan untuk kepentingan diri atau bertentangan dengan
syariat Islam.
[3]Menurut
Thomas Aquinas, istislah serupa dengan adat
hukum tabii di dunia Barat. Akan tetapi, hukum tabii menganggap sesuatu itu baik jika ia memang jelas bersifat baik, dan tertakluk kepada pencapaian hasrat sendiri; Istislah menganggap sesuatu itu baik apabila ia berkaitan dengan salah satu daripada lima kebaikan.
Al-Ghazali merumuskan kebaikan ini sebagai lima prinsip dalam Makasid Syariah berdasarkan
Al-Quran dan
sunah, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
[4] Dengan konsep ini, istislah berbeza dengan
utilitarianisme—"kebahagian terbanyak demi bilangan terbanyak"—kerana sesuatu yang menghasilkan "kebahagian terbanyak" boleh melanggar salah satu daripada lima prinsip ini.Apabila tiada sebarang dalil yang dapat digunakan daripada nas, para ulama menerbitkan keputusan dengan mempertimbangkan sama ada sesuatu perkara dapat memberi manfaat kepada seluruh umat, kemudian kepada masyarakat setempat, akhir sekali manfaat kepada individu.