Exco negeri Perak telah ditangkap oleh BPR kerana rasuah dan seks. Mereka ialah
Jamaluddin Mohd Radzi (
PKR) dan
Mohd Osman Mohd Jailu (
PKR) dalam kerajaan campuran
DAP-
PKR-
PAS ditangkap dan ditahan oleh
BPR pada 20 Ogos 2008 . Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan RM180 juta membabitkan kelulusan projek perumahan di
Seri Iskandar,
Perak Tengah. Mereka disyakki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.Mereka disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 .
[1]Turut ditahan ialah dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang
juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (
PKNP). Mereka berumur 30-57 tahun, telah dibebaskan.Seorang bekas ADUN PKR turut ditahan BPR.
Majistret Mahkamah Tinggi Ipoh, Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
[2]Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim membebaskan mereka setelah mendengar rayuan mereka. Mahkamah Majistret turut membebaskan Fairul Azrim Ismail(30). Ahli perniagaan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin .
[3]Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar menjelaskan bahawa RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa 19 Ogos 2008 . Seminggu sebelum itu RM20,000 telah bertukar tangan dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.Jamaluddin Mohd Rozi dibebaskan pada 22 Ogos 2008 dengan jaminan BPR sebanyak RM20,000 tanpa deposit di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh. Jamaluddin merupakan
ADUN Behrang dan bertanggungjawab terhadap portfolio pembangunan usahawan, pertanian dan perusahaan.
Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu (57) pula
ADUN Changkat Jering, dan mempengerusikan portfolio pelancongan, modal insan dan NGO.Ketua Pengarah BPR Datuk Seri
Ahmad Said Hamdan menafikan tangkapan itu berunsur politik. Secara kebetulan kempen
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 sedang rancak diadakan antara 16 - 26 Ogos 2008. BPR tidak melakukan
konspirasi atau sekongkol dengan parti pemerintah. Ini kes
jenayah rasuah, ramai telah ditangkap termasuk bekas ketua pengarah
Imigresen dan pegawai kanan polis. Kes ini benar-benar berlaku, bukan cubaan.Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein menempelak Pakatan Rakyat yang memerintah 5 negeri dalam tempoh 5 bulan telah terjadi pelbagai onar.
[4]