Menu
Isu_Pakatan_Rakyat_tubuh_kerajaan_2008 Wakil rakyat Sabah dan Sarawak lompat partiRasa tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan Barisan Nasional bukan rahsia lagi. Wakil rakyat Sabah juga terkenal dengan kes lompat parti dari USNO kepada Berjaya kepada Parti Bersatu Sabah dan berpecah tapi bersatu dalam Barisan Nasional. UMNO terpaksa masuk ke Sabah dan keahlian dibuka kepada Bumiputera bukan Islam khusus untuk Sabah. UMNO belum bertapak di Sarawak tetapi ura-ura ke sana masih ada jika terdesak.
Pemimpin PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 wakil rakyat Sabah bersedia lompat tetapi segera dinafikan oleh Najib Tun Razak. Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee tetap dengan pendirian akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Naib presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendakwa PR telah menawarkan pakej melompat dengan 20 % royalti petroleum akan diagihkan kepada Sabah dan Sarawak. Selama ini Sabah dan Sarawak hanya menerima 5 % royalti sahaja. Sabah dan Sarawak juga mahu lebih banyak jawatan menteri dan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Wakil rakyat Pakatan Rakyat juga boleh melompat ke Barisan Nasional. Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran bahawa 2 ADUN di Perak sudah cukup untuk merampas kembali Perak.[3]Serangan balas dan sabotaj daripada UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh diremehkan.
Parlimen boleh dibubarkan agar pilihanraya umum kilat dapat diadakan atau menimbulkan ketegangan perkauman, penggunaan ISA, atau pengisytiharan darurat seperti 1969. Kerajaan baru yang dibentuk nanti pasti tidak stabil kerana tidak ada majoriti mudah dan Malaysia akan terjebak ke kancah sengketa kaum.
Menu
Isu_Pakatan_Rakyat_tubuh_kerajaan_2008 Wakil rakyat Sabah dan Sarawak lompat partiBerkaitan
Isu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan 2008 Isu pembelian Eurocopter Isu politik dalam pendidikan tinggi di Amerika Syarikat Isu pasir Malaysia ke Singapura Isu Perubatan Dalam Islam: Hukum Perubatan, Bersuci Bagi Pesakit, Pemindahan Organ Dan Bayi Tabung Uji Isu Pemanasan Global Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia Isu alam sekitar di Malaysia Isu air Malaysia ke SingapuraRujukan
WikiPedia: Isu_Pakatan_Rakyat_tubuh_kerajaan_2008 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.klpos.com/news/2008/09/05/10.html http://www.klpos.com/news/2008/09/05/4.html http://malaysiakini.com/columns/83896 http://malaysiakini.com/news/174643 http://malaysiakini.com/news/88398 http://malaysiakini.com/news/88414 http://www.malaysiakini.com/news/89067 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite....