Isyarat selanjar atau
isyarat masa selanjar merupakan kuantiti berubah-ubah (sesebuah
isyarat) yang domainnya, iaitu lazimnya masa, merupakan
kontinuum (cth. selang
bersambung antara
nombor nyata). Iaitu, domain fungsinya merupakan
set tak boleh bilang. Fungsi itu sendiri tidak semestinya
selanjar. Sebagai perbandingan, isyarat
masa diskret mempunyai domain
boleh bilang seperti
nombor asli.Isyarat amplitud dan masa selanjar dikenali sebagai isyarat masa selanjar atau isyarat analog. Isyarat ini akan mempunyai suatu nilai pada setiap tika masa. Isyarat-isyarat elektrik yang diterbitkan secara berkadardengan kuantiti-kuantiti fizikal seperti suhu, tekanan, bunyi dsb. pada umumnya adalah isyarat selanjar.Isyarat itu ditentukan dalam sebuah domain yang mungkin atau mungkin tidak terhingga, malah terdapat pemetaan berfungsi dari domain itu kepada nilai isyarat. Keselanjaran pemboleh ubah masa berkenaan dengan hukum kepadatan
nombor nyata bererti nilai isyarat itu boleh ditemui di sembarangan tika masa.Satu contoh lazim isyarat tempoh tak terhingga ialah: f ( t ) = sin ( t ) , t ∈ R {\displaystyle f(t)=\sin(t),\quad t\in \mathbb {R} } Isyarat di atas boleh diolah dalam tempoh terhingga seperti: f ( t ) = sin ( t ) , t ∈ [ − π , π ] {\displaystyle f(t)=\sin(t),\quad t\in [-\pi ,\pi ]} dan f ( t ) = 0 {\displaystyle f(t)=0} jika sebaliknya.Nilai isyarat tempoh (tak) terhingga mungkin atau mungkin tidak terhingga. Cth: f ( t ) = 1 t , t ∈ [ 0 , 1 ] {\displaystyle f(t)={\frac {1}{t}},\quad t\in [0,1]} dan f ( t ) = 0 {\displaystyle f(t)=0} jika sebaliknya,adalah isyarat tempoh terhingga tetapi mengambil nilai tak terhingga untuk t = 0 {\displaystyle t=0\,} . Dalam kebanayakn bidang, kelazimannya adalah bahawa isyarat selanjar mestilah nilai terhingga, iaitu lebih masuk akal dalam hal isyarat fizikal.Untuk sesetengah kegunaan, kesinggularan tak terhingga diterima selagi isyarat itu boleh dikamir di atas sebarang selang terhingga (cth., isyarat t − 1 {\displaystyle t^{-1}} tidak boleh dikamir, tetapi t − 2 {\displaystyle t^{-2}} boleh).Sebarang isyarat analog adalah bersifat selanjar aslinya.
Isyarat diskret yang digunakan dalam
pemprosesan isyarat digital, boleh diperoleh dengan
mensampel dan
mengkuantumkan isyarat selanjar.