Demografi Itali

Kependudukan 1960–2006. Bilangan penduduk (ribu orang).

Dengan sekitar 60.6 juta orang, Itali mempunyai jumlah penduduk yang keempat teramai di Kesatuan Eropah dan yang ke-23 teramai di dunia. Kepadatan penduduknya pada lebih 200 orang per kilometer persegi (lebih 500 sebatu persegi), merupakan yang kelima tertinggi di EU. Kawasan yang paling padat ialah Itali Utara yang hanya merangkumi satu pertiga tanah negara tetapi diduduki oleh hampir separuh jumlah penduduk negara.

Selepas Perang Dunia Kedua, Itali menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berpanjangan sehingga penduduk luar bandar beramai-ramai berhijrah ke kota, dan pada masa yang sama mengubah wajah Itali daripada punca emigrasi besar-besaran menjadi negara penerima imigran bersih. Kesuburan tinggi berkekalan hingga 1970-an, kemudian menjunam di bawah kadar penggantian, maka pada tahun 2008, satu perlima orang Itali berusia lebih 65 tahun.[85] Namun demikian, berkat kedatangan penghijrahan beramai-ramai sejak 1990-an, pada dekad pertama abad ke-21, Itali mencatatkan pertumbuhan dalam kadar kelahiran kasar (khususnya di kawasan utara) buat kali pertama sejak bertahun-tahun lamanya.[86] Kadar jumlah kesuburan juga banyak meningkat pada 1990-an hingga 2000-an, kesan peningkatan kelahiran di kalangan wanita tempatan mahupun kelahiran luar negara, maka ia meningkat daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.18 anak per ibu pada tahun 1995, kepada 1.41 pada tahun 2008.[87]

Pembandaran

Menurut OECD,[88] bandar-bandar gabungan yang terbesar ialah:

Penghijrahan

Little Italy di New York, sekitar tahun 1900.

Itali menjadi negara punca penghijrah beramai-ramai sebaik sahaja selepas negara disatuka semula pada lewat abad ke-19. Dari tahun 1898 hingga 1914, iaitu zaman kemuncak diaspora Itali, kira-kira 750,000 orang Itali berhijrah setiap tahun.[89] Komuniti-komuniti Itali pernah mekar di bekas jajahan Afrika di Eritrea (hampir 100,000 orang pada awal Perang Dunia II),[90] Somalia dan Libya (150,000 orang Itali menetap di Libya, untuk membentuk 18% jumlah penduduk).[91] Semua warga Itali di Libya diusir dari negara Afrika Utara tersebut pada tahun 1970.[92]

Sedekad selepas Perang Dunia Ke-II, lebih 350,000 orang yang terdiri daripada etnik Itali telah meninggalkan Yugoslavia (lihat Penghijrahan Istrian).[93] Ramai penduduk berketurunan Itali yang tinggal di Brazil (25 juta),[94] Argentina (20 juta),[95] Amerika Syarikat (17.8 juta),[96] Perancis (5 juta),[97] Uruguay (1.5 juta),[98] Kanada (1.4 juta),[99] Venezuela (900,000)[100] dan Australia (800,000).[101]

Pada awal tahun 2010, terdapat 4,235,059 orang warganegara asing (7.1% penduduk negara[102]) yang menetap di Itali dan berdaftar dengan pihak berkuasa.[103] Perangkaan ini merangkumi lebih setengah juta kanak-kanak yang lahir kepada warganegara asing di Itali (pendatang generasi kedua makin menonjol dalam demografi negara) tetapi tidak termasuk warganegara asing yang meraih kewarganegaraan Itali (53,696 orang pada 2008).[104] Ini juga tidak termasuk pendatang haram (clandestini) yang sukar ditentukan jumlahnya. Pada Mei 2008, The Boston Globe menganggarkan seramai 670,000 pendatang haram berada di Itali.[105]


Pada tahun 2009, asal-usul penduduk imigran Itali terdiri daripada yang berikut: Eropah (53.5%), Afrika (22.3%), Asia (15.8%), benua Amerika (8.1%) dan Oseania (0.06%). Taburan penduduk kelahiran asing juga tidak sekata di Itali: 87.3% pendatang tinggal di kawasan utara dan tengah negara (iaitu kawasan termaju), manakala hanya 12.8% yang tinggal di selatan semenanjung.

Asal-usul penduduk Itali pada 1 Januari 2010
Asal-usulJumlah pendudukPeratus
ItaliTemplat:Number table sorting/positive56,118,09992.98%
RomaniaTemplat:Number table sorting/positive887,7631.47%
Afrika UtaraTemplat:Number table sorting/positive646,6241.07%
AlbaniaTemplat:Number table sorting/positive466,6840.77%
CinaTemplat:Number table sorting/positive188,3520.28%
UkraineTemplat:Number table sorting/positive153,9980.31%
Asia (bukan Cina)Templat:Number table sorting/positive499,0130.83%
Amerika LatinTemplat:Number table sorting/positive324,9170.54%
Afrika sub-SaharaTemplat:Number table sorting/positive285,1690.47%
Lain-lainTemplat:Number table sorting/positive782,5491.29%

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Itali
Dunia berbahasa Itali. Biru tua:bahasa rasmi; hijau: sekunder, dituturkan atau difahami ramai; biru muda: difahami oleh sesetengah orang kesan penjajahan dahulu.

Bahasa kebangsaan Itali tak lain tak bukan bahasa Itali. Ethnologue menganggarkan bahawa terdapat sekitar 55 juta orang penutur bahasa Itali di Itali dan 6.7 juta orang lagi di luar negara.[106] Bagaimanapun, seramai 120 hingga 150 juta orang menuturkan bahasa Itali sebagai bahasa kedua atau bahasa budaya di seluruh dunia.[107]

Bahasa Itali yang menjadi bahasa kebangsaan negara selepas penyatuan Itali, adalah berasaskan loghat Florence dalam bahasa Tusca dan agak berada di perantaraan rumpun bahasa Italo-Dalmatia di Selatan dan rumpun bahasa Itali Utara Gallo-Romawi. Perkembangannya juga dipengaruhi oleh bahasa-bahasa Germanik daripada puak penjajah pasca Empayar Rom.

Di Itali terdapat bermacam-macam loghat yang dituturkan di seluruh negara dan terdapat sesetengah orang Itali yang tidak boleh berbahasa Itali langsung.[108] Namun begitu, penubuhan sistem pendidikan kebangsaan telah menyebabkan kurangnya kelainan dalam pertuturan bahasa Itali di seluruh negara. Pembakuan bahasa dirancakkan lagi pada 1950-an dan 1960-an berkat pembangunan ekonomi dan kebangkitan media massa dan televisyen (penyiar negara, RAI membantu menentukan bahasa Itali baku).

Sesetengah kelompok etnik mendapat pengiktirafan di sisi undang-undang,[109] dan sebilangan bahasa minoriti menikmati taraf rasmi bersama bahasa Itali di sesetengah kawasan di Itali. Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi bersama di Valle d’Aosta, walaupun sebenarnya bahasa Franco-Provencal lebih meluas di situ. Bahasa Jerman mendapat taraf yang seumpamanya di Wilayah Bolzano-Bozen, begitu juga dengan bahasa Ladin di beberapa bahagian di wilayah itu dan juga daerah Trentino. Bahasa Slovenia diiktiraf secara rasmi di wilayah-wilayah Trieste, Gorizia dan Udine di daerah Friuli Venezia Giulia.

Di kawasan-kawasan terbabit, persuratan rasmi ditulis dalam dua bahasa (atau tiga bahasa di kawasan Ladin), ataupun disediakan atas permintaan dalam bahasa Itali ataupun bahasa rasmi bersama itu. Papan tanda lalulintas juga berbilang bahasa, kecuali di Valle d’Aosta di mana toponim Perancis diutamakan (kecuali bandar Aosta yang mengekalkan bahasa Itali); hasrat untuk mengitalikan Valle d’Aosta pada zaman Fasis telah pun dipendamkan. Pendidikan dalam bahasa minoriti dibenarkan di mana letaknya sekolah-sekolah sedemikan.

Agama

Agama di Itali, 2001[110]
AgamaPeratus
Kristian
  
91.6%
Tiada
  
5.8%
Islam
  
1.9%
Buddha
  
0.3%
Hindu
  
0.2%
Sikh
  
0.1%
Yahudi
  
0.1%

Agama Katolik Rom merupakan agama yang terbesar di negara, namun Gereja Katolik bukan lagi agama rasmi. 87.8% orang Itali mengakui diri sebagai penganut Katolik Rom,[111] namun hanya kira-kira satu pertiga penganut mengakui kuat pegangan agamanya (36.8%).

Kebanyakan orang Itali percaya kepada Tuhan ataupun sesuatu kuasa hidup yang rohani. Menurut tinjauan Eurobarometer yang terkini (2005):[112] 74% warganegara Itali menjawab bahawa 'mereka percaya akan kewujudan Tuhan', 16% menjawab bahawa 'mereka wujud akan suatu jenis roh atau kuasa hidup' dan 6% lagi menjawab bahawa 'mereka tidak percaya akan sebarang jenis roh, Tuhan, atau kuasa hidup'.

Kristian

Gereja Katolik Itali ialah sebahagian Gereja Katolik Rom sedunia di bawah kepimpinan Paus, kuria di Rom, dan Persidangan Biskop Itali. Selain Itali, dua buah negara berdaulat yang lain terangkum dalam kawasan uskup yang bertapak di Itali, iaitu San Marino dan Kota Vatikan. Terdapat 225 kawasan uskup di Gereja Katolik Itali. Walaupun Kota Vatikan bukan wilayah Itali mengikut undang-undang, namun ia terletak dalam lingkungan Rom, dan bahasa Itali merupakan bahasa yang paling kerap dituturkan dan bahasa kedua Kuria Rom selain bahasa Latin.[113]

Gereja besar Santa Maria del Fiore di Florence, yang mempunyai kubah bata terbesar di dunia,[114][115] dan dianggap sebagai sebuah mahakarya seni bina Itali.

Itali kaya dengan kebudayaan Katolik, terutamanya kerana ramai santo, martir dan paus Katolik merupakan orang Itali. Seni Katolik Rom di Itali mekar pada zaman-zaman Pertengahan, Pembaharuan dan Barok, ketika ia digiatkan oleh tokoh-tokoh seni seperti Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Raphael, Caravaggio, Fra Angelico, Gian Lorenzo Bernini, Sandro Botticelli, Tintoretto, Titian, Raphael dan Giotto. Seni bina Katolik Rom di Itali juga tidak kurang kaya dan mengagumkan, dengan gereja-gereja dan basilika-basilika seperti Basilika St Peter, Gereja Besar Florence dan Basilika St Mark. Itali juga tempat tinggal bilangan kardinal yang teramai di dunia,[116] dan juga negara yang paling banyak gereja Katolik Rom per kapita.[117]

Walaupun mazhab Kristian utama Itali ialah Katolik Rom, namun juga terdapat golongan minoriti yang bermazhab Protestan, Waldensian, Ortodoks Timur dan lain-lain.

Pada abad ke-20, Saksi Jehovah, Pentekostalisme, Evangelikalisme tak bermazhab, dan Mormonisme merupakan cabang-cabang Protestan yang paling pesat berkembang. Kedatangan penghijrah dari Afrika Barat, Tengah, dan Timur pada awal abad ke-21 telah meningkatkan jumlah penganut Baptis, Anglikan, Pentekosta dan Evangelikal di Itali, sementara penghijrahan dari Eropah Timur pula membesarkan komuniti Ortodoks Timur.

Pada tahun 2006, 2.1% penduduk Itali menganut Protestan, sementara 1.2% yang lain menganut Ortodoks Timur. Kelompok-kelompok Kristian yang lain di Itali terdiri daripada, antara lainnya, lebih 700,000 Kristian Ortodoks Timur, termasuk 180,000 Ortodoks Yunani,[118] 550,000 Pentekosta dan Evangelis (0.8%), termasuk 400,000 ahli Perhimpunan Tuhan, 235,685 Saksi Jehovah (0.4%),[119] 30,000 Waldensian,[120] 25,000 Adventis Hari Ketujuh, 22,000 Mormon, 15,000 Baptis (termasuk 5,000 Baptis Bebas), 7,000 Lutheran, 4,000 Methodist (bersekutu dengan Gereja Waldensian).[121]

Agama lain

Agama yang paling lama wujud di Itali ialah agama Yahudi, kerana bangsa Yahudi sudah lama menetap di Rom Kuno sebelum kelahiran Nabi Isa. Di Itali lahirnya ramai tokoh Yahudi yang berpengaruh, seperti Luigi Luzzatti yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1910; Ernesto Nathan yang berkhidmat sebagai datuk bandar Rom pada tahun 1907 hingga 1913; dan Shabbethai Donnolo, seorang ahli sains Zaman Pertengahan. Sewaktu Holokus, Itali menyerap ramai orang pelarian Yahudi dari Jerman Nazi. Bagaimanapun, apabila Itali diambil alih oleh kerajaan boneka Nazi, sekitar 15% orang Yahudi Itali dibunuh walaupun kerajaan Fasis enggan menghantar golongan Yahudi ke kem maut Nazi. Oleh sebab peristiwa ini dan juga emigrasi sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, komuniti Yahudi di Itali sudah mengecil kepada sekitar 45,000 orang sekarang.

Kesan penghijrahan dari merata dunia, jumlah penganut bukan Kristian semakin ramai. Pada tahun 2009, terdapat 1.0 juta umat Islam di Itali[122] yang membentuk 1.6% jumlah penduduk, namun hanya 50,000 orang Muslim yang memegang kewarganegaraan Itali. Pihak berkecuali menganggarkan jumlah penduduk Muslim di Itali antara 0.8 juta[123] hingga 1.5 juta.[124]

Itali juga diduduki oleh 200,000 penganut agama yang berasal dari benua kecil India, termasuk 70,000 orang Sikh yang beribadah di 22 gurdwara di seluruh negara,[125] 70,000 orang Hindu, dan 50,000 orang penganut agama Buddha.[126] Juga terdapat kira-kira 4,900 orang Bahá'í di Itali pada tahun 2005.[127]

Pendidikan

Fail:Université La Sapienza.JPGUniversiti la Sapienza di Rom adalah yang terbesar di Eropah dengan 140,000 orang pelajar.[128]

Pendidikan awam di Itali adalah percuma dan wajib untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun.[129] Sistem pendidikan Itali terdiri daripada tahap rendah lima tahun dan tahap menengah lapan tahun yang terbahagi kepada sekolah menengah gred pertama (sekolah menengah rendah) dan sekolah menengah gred kedua (sekolah tinggi). Itali juga menawarkan pendidikan swasta.

Mengikut National Science Indicators (1981–2002), pangkalan data yang dibentuk oleh Research Services Group dan mengandungi senarai statistik output dan petikan untuk lebih 90 negara, Itali mencatat output kertas kerja saintifik yang melebihi purata dunia (dari segi bilangan kertas kerja yang dikarang oleh sekurang-kurangnya seorang pengarang dari Itali) dalam bidang sains angkasa (9.75% kertas kerja di dunia dari Itali), matematik (5.51% kertas kerja di dunia), sains komputer, neurosains, fizik, sains sosial, psikologi dan psikiatri, dan ekonomi dan perniagaan.[130]

Universiti Bologna adalah yang tertua di Eropah, diasaskan pada tahun 1088.

Itali menempatkan beraneka institusi pengajian tinggi, baik universiti, kolej, mahupun akademi. Universiti Bocconi di Milan bertempat di kalangan 20 maktab perniagaan terunggul di dunia oleh akhbar The Wall Street Journal, khususnya berkat program M.B.A. yang menaikkan institusi ini ke tangga ke-17 dari segi keutamaan perekrutan siswazah pada tahun 2007.[131] Selain itu, Forbes juga menempatkan Bocconi di tangga teratas sedunia untuk kategori Berbaloi dengan Harga.[132] Pada Mei 2008, Bocconi mengatasi beberapa maktab perniagaan terunggul sedunia yang lain dalam ranking pendidikan eksekutif Financial Times untuk mendapat tangga ke-5 di Eropah dan ke-15 di dunia.[133]

Antara universiti-universiti dan politeknik-politeknik terunggul yang lain termasuk Politeknik Milan (pada tahun 2009, ia merupakan universiti teknikal ke-57 tertinggi di dunia oleh kajian Top Universities bagi pihak Times Higher Education[134]; dan juga institusi terbaik di Itali dari segi pengeluaran saintifik, penarikan pelajar asing, dan lain-lain menurut kajian tempatan[135]), Universiti Rom la Sapienza (universiti ke-33 terbaik di Eropah pada tahun 2005,[136] di kalangan 50 kolej terunggul di Eropah dan 150 yang terunggul di dunia[137]) dan Universiti Milan (satu-satunya anggota Itali dalam Liga Universiti Penyelidikan Eropah (LERU), sekumpulan prestij 20 Universiti Eropah yang berintensif penyelidikan; nombor satu di Itali dan ke-7 di Eropah mengikut Leiden Ranking).

Maktab pengajian tertua yang masih wujud di Itali dan seluruh dunia Barat ialah Universiti Bologna.[138] Pada tahun 2009, Universiti Bologna ialah satu-satunya maktab Itali dalam 200 Universiti Terbaik di Dunia keluaran The Times.

Kesihatan

Kad insurans kesihatan awam Itali

Itali mengamalkan sistem penjagaan kesihatan awam sejak tahun 1978.[139] Perbelanjaan penjagaan kesihatan di Itali menyumbangkan 9.0% KDNK negara pada tahun 2008, sedikit melebihi purata negara OECD iaitu 8.9%.[140] Bagaimanapun, Itali menduduki tempat kedua sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia,[139][141] dan tempat ketiga prestasi penjagaan kesihatan di dunia.[142]

Itali mencatat jangka hayat ke-12 tertinggi di dunia pada tahun 2010,[143] tetapi juga berdepan dengan peningkatan orang yang terlebih berat badan atau obes dengan 34.2% orang Itali yang mengaku terlebih berat badan dan 9.8% melaporkan diri sebagai obes.[144] 22% penduduk Itali merokok setiap hari pada tahun 2008.[145] Merokok di tempat awam, termasuk bar, kedai makan, kelab malam dan pejabat telah dihadkan kepada bilik has yang berudara sejak tahun 2005.[146]

Rujukan

WikiPedia: Itali http://209.85.129.132/search?q=cache:m5-u7afI-asJ:... http://213.253.134.43/oecd/pdfs/browseit/0406041E.... http://www.censusdata.abs.gov.au/ABSNavigation/pre... http://www12.statcan.ca/english/census06/data/high... http://globalization.kof.ethz.ch/static/pdf/press_... http://www.adnkronos.com/AKI/English/Religion/?id=... http://www.allempires.com/article/index.php?q=ital... http://www.boston.com/news/world/europe/articles/2... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/297241/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/297474/I...