Geografi Itali

Peta topografi Itali

Itali terletak di Eropah Selatan dan terdiri daripada Semenanjung Itali yang berbentuk kasut but dan pulau-pulau kecil, termasuk Sicily dan Sardinia yang terbesar. Ia terletak di antara garis panjang 35° dan 48° U, dan garis bujur 6° dan 19° T.

Walaupun Itali menduduki seluruh semenanjung Itali dan sebahagian besar lembangan Alps selatan, namun terdapat sebilangan wilayah Itali yang menjangkau lembangan Alps di samping beberapa pulau yang terletak di luar pentas benua Eurasia. Wilayah-wilayah ini ialah comuni Livigno, Sexten, Innichen, Toblach (separa), Chiusaforte, Tarvisio, Graun im Vinschgau (separa), ketujuh-tujuhnya di lembangan saliran Sungai Danube; Val di Lei di lembangan Sungai Rhine dan comune pulau Lampedusa e Linosa di pentas benua Afrika.

Jumlah keluasan negara ini ialah 301,230 km², iaitu 294,020 km² daratan dan 7,210 km² perairan. Termasuk sekali pulau-pulaunya, Itali mempunyai garis tepi pantai dan sempadan sepanjang 7,600 km di laut-laut Adriatik, Ionia, Tyrrhenia (740 km), dan sempadan yang dikongsi dengan Perancis (488 km), Austria (430 km), Slovenia (232 km) dan Switzerland; selebihnya dengan enklaf San Marino (39 km) dan Kota Vatikan (3.2 km).

Pergunungan Apennine membentuk tulang belakang semenanjung manakala banjaran Alps membentuk sempadan utaranya, di mana puncak tertinggi di Itali terletak di Mont Blanc (4,810 m/15,782 kaki). Sungai Po, sungai terpanjang di Itali (652 km/405 batu), mengalir dari sempadan barat dengan Perancis di Alps lalu merentasi dataran Padana hingga ke Laut Adriatik.

Lima tasik terbesar di Itali ialah (dari besar hingga kecil):[39] Garda (367.94 km2 atau 142 bt2*), Maggiore (212.51 km2 atau 82 bt2*), Como (145.9 km2 atau 56 bt2*), Trasimeno (124.29 km2 atau 48 bt2*) dan Bolsena (113.55 km2 atau 44 bt2*).

Negara ini terletak di titik pertemuan Plat Eurasia dan Plat Afrika, maka ia mengalami banyak aktiviti seismik dan gunung berapi. Terdapat 14 buah gunung berapi di Itali, tiga daripadanya adalah hidup: Etna (tempat yang dikatakan terletaknya bengkel tukang besi dewa Vulcanus), Stromboli dan Vesuvius. Vesuvius ialah satu-satunya gunung berapi yang hidup di tanah besar Eropah dan digeruni kerana memusnahkan kota Pompeii dan Herculanum. Beberapa pulau dan bukit di Itali adalah hasil kegiatan gunung berapi, dan masih terdapat sebuah kaldera besar yang aktif, iaitu Campi Flegrei di barat laut Naples.

Pembahagian pentadbiran

Itali dibahagikan kepada 20 daerah (jamak: regioni, mufrad: regione). Lima daripada daerah ini mendapat taraf autonomi khas yang membolehkannya menggubal perundangan mengenai hal-ehwal setempat; daerah-daerah berkenaan ditandai bintang (*) dalam jadual do bawah. Negara ini dibahagikan lagi kepada 110 wilayah (province) dan 8,100 kawasan perbandaran (comuni).

ItaliIbu daerahKeluasan (km²)Penduduk
AbruzzoL'Aquila&&&&&&&&&&010794.&&&&&010,794&&&&&&&&01324000.&&&&&01,324,000
Lembah Aosta*Aosta&&&&&&&&&&&03263.&&&&&03,263&&&&&&&&&0126000.&&&&&0126,000
ApuliaBari&&&&&&&&&&019362.&&&&&019,362&&&&&&&&04076000.&&&&&04,076,000
BasilicataPotenza&&&&&&&&&&&09992.&&&&&09,992&&&&&&&&&0591000.&&&&&0591,000
CalabriaCatanzaro&&&&&&&&&&015080.&&&&&015,080&&&&&&&&02007000.&&&&&02,007,000
CampaniaNaples&&&&&&&&&&013595.&&&&&013,595&&&&&&&&05811000.&&&&&05,811,000
Emilia-RomagnaBologna&&&&&&&&&&022124.&&&&&022,124&&&&&&&&04276000.&&&&&04,276,000
Friuli-Venezia Giulia*Trieste&&&&&&&&&&&07855.&&&&&07,855&&&&&&&&01222000.&&&&&01,222,000
LazioRom&&&&&&&&&&017207.&&&&&017,207&&&&&&&&05561000.&&&&&05,561,000
LiguriaGenoa&&&&&&&&&&&05421.&&&&&05,421&&&&&&&&01610000.&&&&&01,610,000
LombardyMilan&&&&&&&&&&023861.&&&&&023,861&&&&&&&&09642000.&&&&&09,642,000
MarchesAncona&&&&&&&&&&&09694.&&&&&09,694&&&&&&&&01553000.&&&&&01,553,000
MoliseCampobasso&&&&&&&&&&&04438.&&&&&04,438&&&&&&&&&0320000.&&&&&0320,000
PiedmontTurin&&&&&&&&&&025399.&&&&&025,399&&&&&&&&04401000.&&&&&04,401,000
Sardinia*Cagliari&&&&&&&&&&024090.&&&&&024,090&&&&&&&&01666000.&&&&&01,666,000
Sicily*Palermo&&&&&&&&&&025708.&&&&&025,708&&&&&&&&05030000.&&&&&05,030,000
TuscanyFlorence&&&&&&&&&&022997.&&&&&022,997&&&&&&&&03677000.&&&&&03,677,000
Trentino-Alto Adige*Trento&&&&&&&&&&013607.&&&&&013,607&&&&&&&&01007000.&&&&&01,007,000
UmbriaPerugia&&&&&&&&&&&08456.&&&&&08,456&&&&&&&&&0884000.&&&&&0884,000
VenetoVenice&&&&&&&&&&018391.&&&&&018,391&&&&&&&&04832000.&&&&&04,832,000

Iklim

Rencana utama: Iklim di Itali

Iklim Itali beraneka ragamnya, dan bergantung pada keadaan setempat, ia mungkin jauh bezanya dengan stereotaip iklim Mediterranean. Kebanyakan kawasan utara pedalaman di Itali, misalnya Piemonte, Lombardy dan Emilia-Romagna, mempunyai iklim yang disifatkan sebagai kebenuaan lembap atau sederhana. Adriana Rigutti (dalam Meteorologia, Giunti 2005) menyatakan bahawa iklim “kawasan lembah Po [adalah] kebenuaan ... dengan musim sejuk yang teruk dan musim panas yang terik”.[40] Kawasan pantai Liguria dan sebahagian besar semenanjung di selatan Florence amat sepadan dengan kelaziman iklim Mediterranean (pengelasan iklim Köppen Csa). Keadaan di kawasan pantai semenanjung amat berbeza dengan kawasan tanah tinggi dan lembah di pedalaman, terutamanya pada musim sejuk apabila di kawasan tinggi amat sejuk, lembap dan bersalji. Kawasan pantai pula mengalami musim sejuk yang ringan dan musim panas yang hangat dan kering pada amnya, namun di lembah pamah juga agak panas pada musim panas.

Alam sekitar

Pantai timur Sardinia, Taman Negara Gennargentu.

Setelah pesat berkembang dalam sektor industri, Itali mengambil masa yang agak lama untuk berdepan dengan masalah alam sekitarnya. Setelah beberapa peningkatan, Itali kini menduduki tangga ke-84 di dunia dari segi kemapanan ekonomi.[41] 5% daratan negara diliputi oleh taman negara.[42] Sejak tahun 2000, Itali menjadi salah sebuah pengeluar tenaga boleh baharu yang terbesar di dunia, termasuklah menjadi pengeluar tenaga suria kelima terbesar di dunia pada tahun 2009[43][44] dan pengeluar kuasa angin keenam terbesar pada tahun 2008.[45]

Walaupun begitu, pencemaran udara masih menjadi isu yang serius, terutamanya di bahagian utara yang kuat berindustri, sehingga menjadi negara pelepas karbon dioksida ke-10 tertinggi di seluruh dunia pada 1990-an.[46] Kini, Itali merupakan pengeluar karbon dioksida ke-12 tertinggi.[47][48]

Lalulintas yang berat dan kesesakan di kawasan-kawasan kota raya terbesar masih menjadi punca isu alam sekitar dan kesihatan yang mendesak, meskipun tahap asbut banyak menurun sejak 1970-an dad 80-an, dan pencemaran asbut ini semakin jarang dialami di samping pengurangan tahap sulfur dioksida.

Sebilangan besar saluran air dan tepi pantau juga dicemari oleh kegiatan industri dan pertanian, manakala kota Venice sering mengalami banjir akhir-akhir ini kesan kenaikan paras air. Sisa buangan kegiatan perkilangan tidak semestinya dilupuskan secara di sisi undang-undang dan telah mengakibatkan kesan kesihatan yang berlarutan pada para penduduk kawasan terjejas, seperti mana dalam kes bencana Seveso. Negara ini juga mengendali beberapa buah reaktor nuklear sejak tahun 1963 hingga 1990, tetapi ekoran bencana Chernobyl dan pungutan suara mengenai isu ini, program nuklear Itali akhirnya berkubur, tetapi keputusan itu dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 2008. Itali menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk membina sebanyak empat buah loji nuklear pada tahun 2009. Pembasmian hutan, projek pembangunan haram dan dasar-dasar pengurusan tanah yang tidak cekap telah menyebabkan hakisan pergunungan di serata Itali, sehingga mengakibatkan bencana ekologi yang dahsyat seperti banjir Empangan Vajont 1963, dan gelongsoran lumpur di Sarno (1998)[49] dan di Messina (2009).

Rujukan

WikiPedia: Itali http://209.85.129.132/search?q=cache:m5-u7afI-asJ:... http://213.253.134.43/oecd/pdfs/browseit/0406041E.... http://www.censusdata.abs.gov.au/ABSNavigation/pre... http://www12.statcan.ca/english/census06/data/high... http://globalization.kof.ethz.ch/static/pdf/press_... http://www.adnkronos.com/AKI/English/Religion/?id=... http://www.allempires.com/article/index.php?q=ital... http://www.boston.com/news/world/europe/articles/2... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/297241/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/297474/I...