Forteen Izzue_Islam

Rencana utama: Kumpulan Forteen

Izzue Islam menyertai kumpulan Forteen sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 2011. Kumpulan ini turut dianggotai Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz) dan Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais). Forteen mula dikenali umum setelah muncul bersama single "Berdua Bersatu" yang dkeluarkan pada 27 Ogos 2011.[4]

Album EP sulung mereka, Kita dikeluarkan pada 19 Disember 2013 diterbitkan oleh KRU Records,[5] mengandungi 6 lagu. Pada 2014, KRU Music mengumumkan bahawa Forteen bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi menghargai peminat mereka[6][7] Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.[8][9] Pada Disember 2016, Izzue menafikan khabar angin mengatakan beliau keluar dari Forteen. Beliau muncul dengan single solo solo ciptaan sendiri berjudul "Bimbang". Izzue berkata: "Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan.[10][11]

Pada 18 November 2018, Izzue mengumumkan pengundurannya daripada Forteen selepas 7 tahun bersama. Keputusan itu dibuat kerana sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain.[12]