Izzue_Islam

Muhammad Izzul Islam bin Mazlan (lahir 2 Jun 1990)[lower-alpha 1] ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon Malaysia. Memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen.[1] Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah "Pelakon Terbaik[2] Festival Filem Malaysia ke-25" dan "Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2". Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.[3]