Pembangunan JAS_39_Gripen

Pada akhir 1970-an, pengganti untuk pesawat-pesawat uzur Sweden seperti Saab 35 Draken dan Saab 37 Viggen adalah diperlukan.[4] Pesawat baru telah dipertimbangkan pada 1979,[5] dengan kajian reka bentuk bermula pada tahun berikutnya.[4] Pembangunan pesawat Gripen telah bermula pada tahun 1982 setelah mendapat kelulusan daripada Parlimen Sweden.[6]

Pesawat Gripen adalah direka untuk keupayaan, fleksibel, kecekapan dan kebolehan untuk menyelamatan diri semasa dalam pertempuran udara. Perkataan JAS bermaksud Jakt (Udara-ke-Udara), Attack (Udara-ke-Permukaan), dan Spaning (Peninjauan), membuktikan pesawat Gripen adalah pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) atau pesawat swing-role yang dapat menyempurnakan setiap jenis tugasan. Istilah swing-role digunakan pada pesawat kelas ringan adalah bagi menggambarkan keupayaan JAS 39 gripen untuk menyempurnakan pelbagai misi tanpa mengubah peralatan perisian atau perkakasan.[7] Gripen mendapat namanya daripada pertandingan awam pada 1982.[8] Griffin adalah lambang asal pada logo Saab dan bersesuaian dengan ciri-ciri pelbagai fungsi pada pesawat. Tambahan lagi, Griffin adalah binatang pada jata wilayah Östergötland, di mana terletaknya ibu pejabat Saab AB di Linköping.

Sweden memilih untuk membangunkan pesawat Gripen daripada membeli variasi pesawat seperti F-16, F/A-18A/B, atau versi "F-5S" daripada Northrop F-20 Tigershark.

Perjanjian usahasama

Pada 1995, Saab Military Aircraft dan British Aerospace (sekarang BAE Systems) memeterai kerjasama strategik dengan penubuhan syarikat usahasama Saab-BAe Gripen AB, bermatlamat untuk membangunkan pemasaran export Gripen di peringkat antarabangsa. Perjanjian ini akan menggunakan kelebihan pengalaman pemasaran BAE di peringkat global. Syarikat BAE merekabentuk dan memperbaiki sayap, yang akan dikeluarkan oleh BAE. BAE menghasilkan kira-kira 45% daripada kerangka pesawat udara untuk tujuan eksport. BAE juga melihat Gripen sebagai produk saling melengkapi kepada pesawat masa kininya, seperti pesawat serangan ringan/latihan Hawk, Panavia Tornado dan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon. Kerjasama ini dikembangkan lagi pada 2001 dengan penubuhan syarikat Gripen International, juga untuk tujuan yang sama. Pada Disember 2004, Saab dan BAE bersetuju bermula Januari 2005, Saab akan bertangungjawab penuh untuk memasarkan pesawat Gripen berikutan peningkatan pengalaman Saab dalam pemasaran export.

Pada 26 April 2007, Norway menandatangani perjanjian program pembangunan kerjasama berkenaan kerja pembangunan lanjutan pada versi pesawat akan datang. Nilai perjanjian, yang mana membenarkan penglibatan syarikat Norway, adalah kira-kira NOK 150 juta selama 2 tahun.[9]

Pada Jun 2007, Thales Norway A/S dan Saab menandatangani perjanjian kontrak berkaitan pembangunan sistem komunikasi untuk pesawat Gripen. Perjanjian ini menjadikan syarikat Norway adalah merupakan syarikat yang pertama dianugerah kontrak di bawah Letter of Agreement yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan Norway dengan Gripen International pada April 2007.[9]

Sebagai sebahagian usaha pemasaran Gripen International di Denmark, satu urusniaga telah dimeterai pada Disember 2007 dengan pembekal teknologi Denmark Terma A/S, yang mana membenarkan Terma A/S untuk melibatkan diri dalam program kerjasama industri untuk tempoh 10-15 tahun akan datang. Jumlah nilai program ini dianggarkan bernilai lebih daripada DKK 10 bilion, dan sebahagiannya bergantung kepada keputusan Denmark untuk memilih pesawat Gripen.[10]

Pembangunan masa depan

Untuk jangka panjang, Saab dilaporkan sedang mencari enjin baru − seperti General Electric F414 atau versi tujahan vektor sepertimana yang dimiliki oleh enjin pesawat Eurofighter Typhoon iaitu EJ200 − dan tangki bahan api luaran atau membesarkan fiuslaj untuk menambah jarak operasi.[11]

Perancangan untuk penambahan selanjutnya adalah untuk kokpit dan antara muka manusia-mesin. ia termasuk sistem amaran perlanggaran permukaan, maklumat bunyi 3 dimensi, dan Input Suara Terus untuk kawalan pelbagai fungsi termasuk pandu arah, radio dan radar, termasuk bahan api dan keadaan status senjata. Keupayaan Input Suara Terus telah wujud dalam sistem pengurusan bunyi sedia ada.[11] Untuk perancangan jangka panjang, Saab dilaporkan mempertimbangkan paparan pandang atas yang lebih luas, binokular paparan lengkapan helmet (HMD) dan sistem sokongan misi termaju.[11]

Pesawat Penunjuk 2 tempat duduk "Teknologi Terkini" telah dibina[12] dan dirancang untuk pengeluaran pada 23 April 2008.

Rujukan

WikiPedia: JAS_39_Gripen http://www.gripen.com.br/download/18.988707fc16e9d... http://www.defense-aerospace.com/dae/articles/comm... http://www.defenseindustrydaily.com/the-jas39-grip... http://www.defensenews.com/story.php?i=6862655&c=F... http://www.flightglobal.com/articles/2007/09/07/21... http://www.flightglobal.com/articles/2008/04/07/22... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/GripenStory... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/TechnicalSu... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/TheGripenFi... http://www.gripen.com/en/MediaRelations/News/2007/...