Pengguna JAS_39_Gripen

Pengguna Gripen dalam warna merah, pesawat telah dipesan dalam warna hijau dan pembeli berpotensi dalam warna biru.JAS 39 Gripen dari Empire Test Pilots' School, Farnborough 2006.JAS 39 Gripen sedang mendarat semasa hari terbuka Tentera Udara Hungary, 2007.

Pengguna terkini

 Republik CzechTentera Udara Czech: Menyewa 14 JAS 39 Gripen, termasuk 2 buah pesawat versi 2 tempat duduk. HungaryTentera Udara Hungary: Pejanjian sewa-beli untuk 14 buah pesawat JAS 39 Gripen, termasuk 2 buah pesawat versi 2 tempat duduk iaitu JAS 39C/D. 3 buah pesawat terakhir diserahkan pada Disember 2007.[24] Afrika SelatanTentera Udara Afrika Selatan: 26 buah pesawat dipesan (menurun daripada 28 buah), termasuk 9 buah pesawat versi 2 tempat duduk.[25] Penghantaran pertama versi 2 tempat duduk (SA01) dijangka pada 7 April 2008.[26] SwedenTentera Udara Sweden: Pada asalnya 204 buah pesawat dipesan, termasuk 28 buah pesawat versi 2 tempat duduk (138 buah berada dalam perkhidmatan). Sweden menyewakan 28 buah pesawat, termasuk 4 buah versi 2 tempat duduk kepada Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary. Beberapa buah pesawat masih belum dihantar. Pada 2007, kerajaan Sweden memutuskan pada masa akan datang Tentera Udara Sweden akan memiliki tidak lebih daripada 100 buah pesawat pejuang JAS 39C/D Gripen.[27] Program untuk menaik taraf sejumlah 31 buah pesawat JAS 39A/B ke standard JAS 39C/D Tentera Udara Sweden telah bermula.[28] United KingdomEmpire Test Pilots' School (ETPS): Di bawah perjanjian sekarang, pengajar juruterbang dan pelatih di ETPS akan menjalani latihan pensimulasi bersama dengan Tentera Udara Sweden dan akan menerbangkan pesawat 2 tempat duduk Gripen di Saab, Linköping. Kempen latihan diadakan 2 kali setiap tahun iaitu pada musim luruh dan musim bunga. Perjanjian ini telah diperbaharui pada 2008.[29]

Pesanan

 ThailandTentera Udara Diraja Thailand: 6 buah pesawat, 4 buah daripadanya adalah versi 2 tempat duduk,[30] telah dipesan dengan penghantaran dijangka pada 2011, dengan potensi tambahan 6 buah pesawat pada masa depan.[31][32][33] Pesawat Gripen akan menggantikan 12 buah pesawat F-5B/E di Pangkalan Udara Surat Thani.[34]

Rujukan

WikiPedia: JAS_39_Gripen http://www.gripen.com.br/download/18.988707fc16e9d... http://www.defense-aerospace.com/dae/articles/comm... http://www.defenseindustrydaily.com/the-jas39-grip... http://www.defensenews.com/story.php?i=6862655&c=F... http://www.flightglobal.com/articles/2007/09/07/21... http://www.flightglobal.com/articles/2008/04/07/22... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/GripenStory... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/TechnicalSu... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/TheGripenFi... http://www.gripen.com/en/MediaRelations/News/2007/...