Menu
Jabatan Perdana Menteri Malaysia Latar Belakang PAJPMPentadbiran Am JPM yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Dan Sumber Manusia (BPPSM) telah disusun semula menjadi enam (6) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan dan Pembangunan (B.Kew), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat (UKK). Kesemua enam (6) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-Undang. Struktur ini berkuatkuasa sejak Mei 2007 melalui Waran Perjawatan Bil. A 49 Tahun 2007, Bil. A 90 Tahun 2007 dan Bil. A142 Tahun 2008.
Menjadi organisasi terunggul dalam Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Pembangunan, Perakaunan dan Khidmat Pengurusan.
Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada Jabatan/Agensi JPM.
Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.
Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.
Menu
Jabatan Perdana Menteri Malaysia Latar Belakang PAJPMBerkaitan
Jabatan Jabatan di Perancis Jabatan Kastam Diraja Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jabatan dan agensi kerajaan Malaysia Jabatan Komunikasi Komuniti Jabatan Pembangunan Kemahiran Jabatan Perdana Menteri Malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman NegaraRujukan
WikiPedia: Jabatan Perdana Menteri Malaysia http://www.jpm.gov.my/