Jabatan_Akauntan_Negara

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن اكاءونتن نڬارا مليسيا; singkatan: JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Pada masa ini, JANM terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Amanah Pencen diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuat kuasa 1 Mac 2007. [1]

Jabatan_Akauntan_Negara

Dokumen-dokumen penting
  • Akta Akauntan 1967
Eksekutif Kerajaan
  • Datuk Dr. Yacob bin Mustafa C.A.(M), Akauntan Negara
Agensi induk Kementerian Kewangan Malaysia
Ibu pejabat Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya
Dibentuk 1946; 74 tahun yang lalu (1946)
Tapak web www.anm.gov.my
Jenis Kerajaan