Jabatan_Meteorologi_Malaysia
Jabatan_Meteorologi_Malaysia

Jabatan_Meteorologi_Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ميتيورولوڬي مليسيا; singkatan: MetMalaysia) merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari. MetMalaysia bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu MetMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana. MetMalaysia juga membekalkan perkhidmatan meteorologi penerbangan untuk melancarkan operasi penerbangan pesawat udara dan perkhidmatan geofizik bagi mengesan kejadian gempa bumi serta pengeluaran amaran tsunami untuk Malaysia.