Jabatan_Neurosains

Universiti Sains Malaysia
Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos 2000 (selepas dinaiktaraf daripada Unit Neurosains). Ilham serta inspirasi untuk menubuhan Jabatan Neurosains datangnya daripada Dekan pertama Pusat Pengajian Sains Perubatan,Datuk Professor Dr Mohd Roslani Abdul Majid pada tahun 1982 di mana beberapa pensyarah pelatih dihantar keluar negara untuk mengikuti bidang neurosains.Seterusnya filosofi ini dimajukan dibawah pentadbiran dua Dekan seterusnya iaitu Datuk Prof Mustapha Embong dan Datuk Mafauzy Mohammed.Akhirnya,Penubuhan Jabatan diluluskan oleh Naib Cansellor,Tan Sri Datuk Prof Dzulkifli Razak semasa mesyuarat Exco Jawatankuasa Naib Canselor yang diadakan di Kota Bharu pada tahun 2004 tatkala Prof Dr Zabidi Azhar Hussin membentangkan cadangan penubuhannya semasa menjadi Dekan keempat Pusat Pengajian ini.Logo Jabatan ini dirasmikan bersama-sama Unit Rawatan Rapi Neurosains,Hospital Universiti Sains Malaysia oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Sains Malaysia,Tan Sri Datuk Dr Hj Ani Arope pada 3hb Ogos 2003.Status Jabatan Neurosains berkuat kuasa pada 1 Mei 2004 dan tanggungjawab meneruskan aktivit akademik diletakan di bawah pimpinan Pakar Surgeri Neuro dan saintis neuro, Profesor Dr Jafri Malin Abdullah. Sehingga ini Jabatan Neurosains merupakan antara jabatan yang aktif di Pusat Pengajian Sains Perubatan dalam menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, pembedahan neuro,perkidmatan neurologi,psikologi di samping menyediakan perkhidmatan klinikal dan pengajaran kepada masyarakat. Sehingga kini, seramai 17 orang pensyarah tetap ( 7 orang pakar surgeri neuro, 6 saintis senior, 3 pakar neurologi, dan seorang ahli psikologi). Mereka merupakan pasukan yang memacu halatuju Jabatan Neurosains ke arah merealisasikan agenda untuk menjadikan jabatan ini lebih cekap dan diiktiraf selaras dengan kualiti pertubuhan peringkat antarabangsa dan tempatan.Penghasilan lebih kurang 250 kertas kerja sepanjang penubuhan Jabatan Neurosains sehingga kini menjadikan jabatan berada di landasan yang betul, tepat dalam mencapai visi dan misi. Penerbitan kertas kerja di jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa dengan purata faktor impak yang memuaskan memangkinkan lagi usaha menerbitkan kertas kerja berkualiti di samping menyumbang sesuatu dalam perkongsian ilmu. Selain itu, jabatan neurosains turut menyumbang dalam inovasi penghasilan produk perubatan untuk meningkatkan lagi rawatan kepada pesakit,iaitu penghasilan endoskop surgeri invasif tempatan yang digunakan dalam pembedahan sugeri neuro, Sistem Pengaliran Ventrikular Eksternal dan rawatan alternatif menggunakan Perikardium lembu untuk kes duraplasti. Di samping itu, sebanyak 4 anugerah utama yang diterima oleh Jabatan Neurosains sehingga kini,iaitu Anugerah Saintis Muda Negara 1999, Anugerah Sanggar Sanjung, 2 Pingat Emas ITEX Geneva yang berasaskan penyelidikan. Penglibatan aktif dan serius Jabatan Neurosains dalam penyelidikan dapat dilihat dengan adanya kerjasama dan kolaborasi saintis dari segi pemindahan teknologi dari Institut Max Planck (Jerman),European Neuroscience Institute,Universiti Vienna (Austria), Institut Penyelidikan Cuba (Cuba).Penyelidikan di Jabatan Neurosains bertumpukan kajian sains asas dan klinikal menjanjikan peluang dan kualiti rawatan kepada pesakit neuro di Malaysia. Dalam pada itu, penubuhan “Jaringan Penyelidikan Kluster Neuro’ atau “BRAINetwork Research Cluster’ amat kena pada waktunya apabila mulai 29hb Oktober 2009 kumpulan ini di besarkan kuasan akademikya ke suatu entiti bernama Brain Mind Nexus yang mengabungkan 3 kampus.Ianya diketuai oleh Prof Zalina Ismail dan beliau berharap dengan kerjasama semua pihak sebuah pusat Brain Mind dapat ditubuhkan menjelang Rancangan Malaysia 10.Pusat ini akan menyahut seruan APEX USM dan Dasar Inovasi Negara. Jaringan penyelidikan ini diilhamkan sebagai pelantar untuk memantau, memberi nasihat, mengumpulkan saintis neuro untuk bersepadu berkongsi idea, menyelesaikan masalah dan meningkatkan lagi kualiti penyelidikan neuro di Malaysia. Jaringan ini juga mempunyai rangkaian penyelidikan seantero dunia dengan Institut Penyelidikan Sains Neuro (RIKEN) Jepun, Pusat Penyelidikan W.M Keck dan Institut Sains Neuro McKnight (Amerika Syarikat).Penubuhan Makmal Pengajaran dan Penyelidikan Neurosains pada 12 Februari 2006 secara rasminya meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan asas dan gunaan di Universiti Sains Malaysia. Penyelidikan yang dijalankan melibatkan kajian fisiologi memori dan ingatan, kanser otak, kecederaan otak, perubatan neuro regenerasi, psikologi, biokimia strok, epilepsi dan pemakanan dan apoptosis. Pelbagai sub-bidang penyelidikan ini merupakan kerjasama yang dijalankan di antara Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (KUSTEM), Majlis Kanser Nasional(MAKNA), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kebajikan pesakit-pesakit neuro diambil perhatian sewajarnya dengan tertubuhnya Persatuan Keluarga Neurosains. Fungsi persatuan ini antara lain memberi peluang kepada pesakit, ahli keluarga pesakit, pengamal perubatan neuro, jururawat, individu perseorangan untuk berinteraksi sihat dalam mewujudkan persekitaran mesra di samping mengurangkan bebanan penyakit yang ditanggung oleh pesakit. Banyak aktiviti dirangka sepanjang tahun selaras dengan objektif penubuhan Persatuan Keluarga Neurosains.