Jabatan_Pendaftaran_Pertubuhan_Malaysia

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ڤندفترن ڤرتوبوهن مليسيا) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan ditakrifkan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.Pada 2009, Pendaftar Pertubuhan ialah Datuk Md Alias Kalil. Terdapat 115,537 pertubuhan berdaftar di Malaysia iaitu 45,802 pertubuhan induk dan 69,735 pertubuhan yang mempunyai cawangan. Kesedaran masyarakat untuk berpersatuan semakin meningkat. Kualiti pertubuhan juga menunjukkan peningkatan iaitu bukan lagi pertubuhan yang bersifat tradisional dan konvensional.[1]

Jabatan_Pendaftaran_Pertubuhan_Malaysia

Dokumen-dokumen penting
  • Akta Pertubuhan 1966
Eksekutif Kerajaan
  • Masyati Abang Ibrahim, Ketua Pengarah
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Ibu pejabat Aras 8 & 9, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
Dibentuk 1 September 1949; 70 tahun yang lalu (1949-09-01)
Tapak web www.ros.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 23,335,900 (2018)
Kakitangan 269 (2018)
Jenis Kerajaan