Sejarah Jabatan_Perdana_Menteri_Malaysia

1957

Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan setelah Pejabat Ketua Setiausaha dimansuhkan. JPM ditubuhkan adalah bertujuan:

  • merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan matlamat Negara di samping menentukan bahawa keselamatan Negara untuk perlaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi memberikan kebahagian dan kesempurnaan hidup rakyat Malaysia terjamin;
  • menentukan segala urusan dalam bidang pentadbiran, kewangan, perjawatan, perkhidmatan, istiadat dan keseluruhan jabatan dan pengurusan persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan jabatan terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan sebagai pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar utama Kerajaan. Semasa ditubuhkan, Jabatan ini terdiri daripada Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan dan Urusetia bagi Penasihat Ekonomi. Pegawai Tadbir Utama bagi Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang juga sebagai Ketua Setiausaha (KSU).Beliau dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU(Kabinet)), Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU).Pada 31 Ogos 1957, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditubuhkan bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan agensi pusat kepada JPM. Suruhanjaya ini berperanan melaksanakan perlantikan,pengesahan, perjawatan tetap, perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan kawalan tatatertib.Pada September 1957, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan ditubuhkan dengan nama asalnya sebelum ini adalah Bahagian Cabinet. Pada tahun 1995, nama Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan mula digunakan pada 1 Julai 1995.Pada 4 September 1957 Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, Suruhanjaya Piliharaya dianggotai oleh seorang pengerusi dan 2 orang ahli. Istana Negara diletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.